Showing posts with label Perempuan. Show all posts
Showing posts with label Perempuan. Show all posts

Saturday, May 9, 2009

Propaganda Yang Dilancarkan Kapitalisme Ke Atas Wanita Muslimah [Bhg 3]




Wanita Dalam Zaman Moden

Wanita Muslimah menjadi sasaran propaganda kejam negara-negara kufur Kapitalis Barat. Mereka ingin mengeluarkan Muslimah dari kesuciannya dan hubungan sucinya dengan pihak lelaki untuk menjadi barang dagangan dan tempat memuaskan nafsu syahwat semata-mata. Sesungguhnya propaganda ini telah lama bermula sejak mereka mula menyerang umat dan usaha mereka semakin meningkat akhir-akhir ini, terutamanya selepas peristiwa 9/11. Bagaimanakah masyarakat dunia sebelum Islam dan zaman moden memandang wanita? Apakah perancangan Amerika Syarikat dan sekutunya, iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam isu ini?... Inilah yang akan kami jelaskan InsyaAllah Ta’ala.

Pada awal era tersebut hingga sebelum runtuhnya daulah Khilafah pada tahun 1924 Masehi, kaum wanita Muslimah hidup dalam naungan hukum-hukum syarak yang memuliakan dan meninggikan kedudukannya. Mereka dipandang dengan pandangan yang mulia.

Sementara wanita bukan Islam sama ada di Barat atau Timur, kedudukan mereka berbeza mengikut perbezaan agama, sistem dan adat yang mendominasi mereka. Wanita di Eropah adalah berbeza dengan wanita di Asia Tenggara, Afrika, Australia atau Amerika Latin.

Di Eropah, kaum wanita di beri beberapa hak dan keistimewaan, tetapi ia kurang dari lelaki. Di sana terdapat jurang yang nyata antara lelaki dan wanita. Kaum lelaki menguasai segalanya di bawah naungan kerajaan peninggalan agama Nasrani yang tunduk kepada kekuasaan Gereja. Keutamaan mereka adalah mempertahankan institusi raja-raja lebih daripada memelihara hak wanita atau lelaki. Keadaan wanita adalah seperti lelaki yang perlu berusaha untuk mendapatkan keredhaan gereja dan orang yang bertanggungjawab ke atasnya. Mereka melihat kaum wanita ini dengan pandangan yang rendah dan hina.

Keadaan terus berlangsung demikian sehingga Kapitalisme mencetuskan revolusi industri. Maka mulailah para Kapitalis menyerukan pembelaan hak-hak wanita.

Manakala wanita di belahan dunia yang lain berada dalam keadaan yang lebih teruk dari keadaan wanita di Eropah. Di Afrika wanita adalah hina dan ia dipandang dengan pandangan yang rendah dan mereka boleh diperhambakan. Lalu dijual dan dibeli untuk bekerja dalam satu-satu pekerjaan sama ada di rumah, ladang atau sebagainya. Di negara yang lain pula keadaan wanita sama dengan keadaan di Afrika kecuali isu hamba abdi.

Sementara wanita Muslimah sebelum runtuhnya Khilafah berada pada kedudukan yang baik, memiliki hak dan penghormatan yang lebih banyak. Ini menyebabkan mereka berhadapan dengan dengki dan ancaman tipudaya Barat yang menghendaki keburukan untuk mereka. Berlakulah usaha untuk merosakkan wanita Muslimah kerana ia akan membawa kerosakan kepada seluruh masyarakat Islam. Barat menyedari bahawa merosakkan wanita tidak akan berjaya melainkan dengan menggoncang pegangannya dan iltizamnya kepada hukum-hukum syarak yang dikhususkan untuk wanita. Dengan demikian mudahlah menjauhkan mereka dari kemuliaan dan melemparkan mereka kepada kehinaan.

Barat mengkaji dengan bersungguh-sungguh untuk mencari cara yang dapat merealisasikan hal tersebut dan menyampaikan kepada munculnya seruan kepada persamaan antara lelaki dan wanita. Barat juga telah mendorong mereka untuk menuntut hak-hak mereka. Percubaan pertama telah dilakukan ketika Napoleon Bonaparte menakluki Mesir pada tahun 1798 Masehi. Beliau berusaha untuk menggesa Muslimat menentang sistem yang diterapkan ke atas mereka iaitu Islam. Pada era Muhammad Ali al-Kabir dan para penggantinya, Daulah terbuka kepada Barat. Beberapa utusan dikirim ke Eropah. Ruang pengutusan misionaris juga terbuka untuk memasuki negara yang berada di bawah pemerintahannya. Kaum Nasrani menguasai kawasan Syam dalam kesempatan ini dengan pertolongan para misionaris tersebut. Mereka bergerak cergas dalam bidang kewartawanan dan kesenian termasuklah di Lubnan dan Mesir. Perhatian yang lebih diberikan kepada Mesir dengan menempatkan isu wanita di sana sebagai isu yang besar oleh pihak Barat. Mereka mengerah segenap upaya di sana dan menggunakan semua teknik yang keji untuk merealisasikan tujuan-tujuan mereka.

Di sana, mereka mewujudkan semua perkara yang dapat merosakkan manusia bahkan mereka menyebarkan keburukan mereka melalui filem dan drama seks bersiri dan sebagainya. Ia menyebabkan tersebarnya kekejian di banyak negara di dunia Islam. Di Mesir, Qasim Amin membuka pintu seruan yang keliru yang mengajak kepada pembebasan wanita yang disahut oleh orang-orang yang berkepentingan. Mereka membuka sekolah-sekolah yang bercampur antara lelaki dan perempuan demikian juga tersebarnya sekolah-sekolah asing di Mesir. Pada awalnya orang-orang kaya dan para pemerintah menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah ini kerana menginginkan anak-anak mereka mengikut orang Barat. Selanjutnya ia diikuti oleh masyarakat umum yang lainnya.

Di samping itu, Barat menjaga usaha untuk merosakkan wanita Muslimah dan menunjuk-nunjuk dengan seruan pembebasan mereka, sesungguhnya di tempat lain di dunia ini, iaitu di negara bukan Islam sejak kedatangan ideologi Kapitalisme mula berusaha untuk mendapatkan hak-hak mereka dengan dorongan dari seruan-seruan yang jelas menuntut keadilan dan pembebasan mereka dari penguasaan gereja dan kaum lelaki. Ramai sejarawan yang melaporkan bahawa pada tahun 1792 Masehi adalah permulaan gerakan wanita Eropah, iaitu merupakan tahun tersebarnya buku (Mary Wilson) di British yang bertajuk “Mempertahankan hak-hak wanita” yang mendapat sambutan kaum wanita di banyak negara Eropah.

Pada tahun 1859 Masehi telah diterbitkan buku “Asal-usul Spesis” oleh Darwin dan disebarkan di dalamnya teori mengenai evolusi yang menggugat akidah Nasrani yang mengatakan bahawa benda-benda adalah tetap dan tidak berubah. Darwin datang dengan mengatakan: “Di sana tidak terdapat tujuan yang tetap pada benda-benda dan bahawasanya manusia wujud sebagai hasil daripada proses evolusi yang lambat yang mengambil masa jutaan tahun”. Darwin juga menyentuh mengenai institusi keluarga dengan berkata: “Keluarga dengan konsepnya yang lama adalah sesuatu yang indah pada masa lalu dan munasabah untuk peringkat tertentu dari evolusi, dan konsep ini tidak penting lagi pada hari ini dan tidak juga indah, bahkan tidaklah penting untuk adanya keluarga secara mutlak kerana keperluan-keperluan masyarakatlah yang membentuk keluarga.”

50 tahun selepas Darwin, muncul orang yang lebih ekstrim iaitu seorang Yahudi (Sigmund Freud) yang mengatakan “Seks adalah segalanya dan segalanya datang dari seks.” Orang yang mempunyai dua jantina digalakkan agar keluar dari kongkongan yang dipaksakan ke atas mereka. Dia menyeru mereka agar mempraktikkan pemuasan seks. Lalu terbitlah buku-buku mengenai seks dan syair-syair yang disusun supaya pembaca menikmati nafsu seks dan muncullah lakonan dan pementasan yang mengeksploitasi tubuh wanita dan kewanitaannya yang mewujudkan suasana baru bagi wanita di Eropah.

Keadaan baru ini telah terefleksi pada undang-undang yang diterapkan di negara-negara Barat dan yang dahulunya terdapat kekangan terutamanya yang melibatkan wanita. Mereka mula mengadakan seminar-seminar untuk mengkaji undang-undang ini dan mengubahnya sehingga undang-undang mereka yang baru kosong dari sebarang nilai spiritual atau akhlak mahupun kemanusiaan. Kebahagiaan menurut mereka adalah mendapatkan setinggi-tinggi kepuasan jasmani yang antaranya adalah menikmati seks. Wanita menjadi tidak mempunyai nilai jika mereka hodoh, menderita penyakit, tidak berupaya atau telah tua. Nilai wanita terletak pada umurnya yang muda, kecantikannya serta daya tarikan seksualnya. Mereka mula mengamalkan kebebasan individu. Melepaskan diri dari ikatan kekeluargaan ataupun ikatan yang lain, lalu amalan yang rendah dan hina itu diiktiraf oleh undang-undang. Mereka memuaskan nafsu di rumah-rumah murah yang dilindungi oleh polis dan undang-undang. Mereka meminta bangsa dunia untuk mengikut amalan mereka dan mula memasarkan kebebasan ini kepada sebahagian besar bangsa di dunia dengan nama demokrasi, khususnya kepada bangsa yang dijajah di dunia Islam. Mereka melihat Mesir dengan serius kerana kepentingannya dan bahaya kedudukan geografinya kerana ia bersambung dengan negara Syam di satu sempadan dan Sudan dan beberapa negara Utara Afrika di sebelah yang lain. Ia juga mempunyai pengaruh ke atas seluruh umat Islam. Oleh yang demikian, ketika British menjajah Mesir, mereka memberi perhatian khusus terhadap isu wanita, antaranya mereka boleh merosakkan wilayah negara Islam melalui filem-filem wayang dan pementasan, nyanyian dan buku-buku yang memasuki setiap rumah. Sempurnalah usaha mereka untuk merosakkan wanita di negara ini oleh mereka yang digelar reformis dari kalangan para pemikir dan sasterawan yang menyambut seruan yang sesat ini di atas nama pembebasan wanita.

Pegawai British di Mesir (Lord Kromer) telah menyatakan sejauh mana keprihatinan Inggeris terhadap wanita Muslimah ketika dia mengatakan dalam laporannya yang ditujukan kepada ahli politik Britain: “Sesungguhnya situasi wanita di Mesir dan di negara Islam adalah halangan terhadap usaha meninggikan tahap pemikiran dan personaliti, yang perlu untuk membantu masuknya tamadun Barat ke dalam negara umat Islam. Jika tamadun ini mahu memperolehi faedah yang sebaik mungkin maka di hadapan kita tiada lain melainkan program pendidikan terhadap wanita”, Beliau (Lord Kromer) perintis terhadap perubahan wanita Mesir. Pada tahun 1898 Masehi beliau menulis: “Sesungguhnya lambatnya kemajuan (Mesir) adalah disebabkan pandangan umum yang menyebabkan tidak wujud kepedulian yang serius terhadap pendidikan anak perempuan.”

Kemudian dia kembali semula pada tahun 1900 Masehi dan menulis: “Sesungguhnya perubahan terhadap pandangan umum rakyat Mesir dalam tahun-tahun lalu terutamanya isu pendidikan wanita merupakan sesuatu yang menarik perhatian.” Oleh yang demikian, kita dapati orang Inggeris telah membuka pintu kepada para misionaris untuk membuka sekolah-sekolah asing di Mesir, yang jumlahnya mencapai lebih dari 50 sekolah pada tahun 1892 Masehi. Selepas itu dibuka pula sekolah-sekolah swasta yang jumlahnya mencapai 40 buah sekolah. Pelajar wanita keluaran sekolah ini telah menguasai kemahiran pendidikan dan pembelajaran dengan asas-asas Barat. Sebahagian mereka memasuki universiti-universiti asing supaya apabila kembali ke Mesir akan membawa pemikiran dan peradaban Barat yang menentang agama dan nilai-nilai utamanya. Maka pada tahun 1919 Masehi, para penunjuk perasaan wanita telah keluar mengelilingi jalan-jalan Kaherah yang menuntut pegawai British agar memberikan wanita Mesir kebebasannya. Jumlah penunjuk perasaan adalah 300 orang yang diketuai oleh Safiyyah Zaghlul isteri kepada Sa’ad Zaghlul dan Huda Sya’rawi isteri kepada Sya’rawi Basya.

Melihat kepada kepentingan media maka tidak terhadlah aktiviti pengutusan dengan membina sekolah-sekolah untuk anak-anak perempuan bahkan muncul keperihatinan untuk menerbitkan akhbar dan majalah yang khusus mengenai wanita yang penyebarannya ditujukan secara meluas kepada kaum wanita terutamanya keluaran dari sekolah-sekolah asing. Kebanyakan penyelia akhbar dan majalah ini dari kalangan Nasrani Lubnan. Dan sekitar tahun 1892-1906 mereka telah berjaya menerbitkan lapan majalah wanita seperti Majallah al-Fatat, al-Firdaus, al-Hasna’, az-Zahrah, Fatat as-Syarq, Anis al-Jalis dan sebagainya.

Ada juga majalah yang diterbitkan mengenai wanita bukan muslim di Lubnan dan Turki. Tujuan majalah ini semuanya adalah sangat jelas iaitu menjauhkan wanita Muslimah dari nilai-nilai agamanya dan pendidikannya. Barat telah berjaya dalam merealisasikan tujuan ini sehingga ke tahap tertentu. Para pemerintah yang dilantik oleh Barat di negara-negara umat Islam mentaati pimpinan mereka dan menyumbang kepada kerosakan para pemuda-pemudi kaum muslimin, lalu mereka mewujudkan persatuan yang bercampur-aduk antara lelaki dan wanita termasuk di pejabat-pejabat kerajaan.

Sementara itu wanita Barat, situasi mereka pada zaman moden nampak secara zahirnya elok di hadapan orang yang tidak mengetahui hakikat hidup mereka sebenarnya. Zaman revolusi industri telah membawa mereka keluar dari rumah untuk bekerja, dan membebaskan diri dari penguasaan lelaki. Mereka menganggap bahawa ikatan asas bagi wanita dengan lelaki adalah keperluan materialnya kepada lelaki, lalu membolehkannya bekerja dan memperolehi pendapatan yang membolehkannya memutuskan ikatan dengan lelaki. Ini memberi peluang dan memudahkan mereka untuk melepaskan diri dari kehidupan berkeluarga dan dunia perkahwinan. Ini bersesuaian dengan ideologi Kapitalisme yang berdiri di atas empat asas kebebasan itu dan yang paling menonjol adalah kebebasan individu. Wanita Barat telah diberikan kesempatan untuk menyertai lelaki dalam semua perkara dan mempunyai hubungan seksual tanpa ikatan mahupun batasan.




Dalam BBC NEWS edisi internet pada 13/6/2002 telah dikeluarkan kajian bagi Majalah Top Sante yang dilakukan terhadap responden yang terdiri daripada 5 ribu wanita bekerja. Hasilnya 28% daripada mereka melakukan hubungan seksual dengan teman-teman lelaki mereka di tempat kerja dan ¾ responden terdedah kepada gangguan seksual oleh teman sekerja lelaki. Lima dari responden bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan ketua-ketua mereka di tempat kerja demi untuk merealisasikan impian mereka dalam jawatan. Natijah dari hubungan-hubungan seksual di luar rumahtangga, dan dari kesibukan wanita di tempat kerja untuk memperolehi sesuap nasi telah mendedahkan wanita kepada gejala pengguguran anak. Sebagai contoh, kes pengguguran anak di Amerika Syarikat dari tahun 1973 hingga 1998 Masehi telah mencatatkan lebih dari 38 juta kes.

Pandangan terhadap wanita telah menjadi pandangan manfaat seksual semata-mata. Wanita dan gambar-gambar telanjangnya telah muncul di kaca-kaca televisyen, iklan-iklan perniagaan, tempat-tempat membeli-belah dan tempat-tempat hiburan yang menawarkan hiburan yang diharamkan, arak, kelab-kelab perjudian dan rumah-rumah pelacuran. Ini membawa kepada munculnya banyak masalah sosial yang bahaya di Barat. Antaranya tersebarnya ibu-ibu tunggal tanpa nikah dan anak-anak luar nikah yang nisbah mereka di salah sebuah negara Barat berjumlah 50% daripada jumlah penduduk. Demikian juga menularnya penyakit kelamin yang bahaya yang terhasil dari perlakuan seks di luar institusi perkahwinan seperti: penyakit AIDS, Harpes, Gonorrhea dan sebagainya. Setiap gadis dan teruna mempunyai pasangan, demikian juga anak perempuan yang suci yang tinggal di rumah menjaga kesucian dan kegadisannya merupakan satu perkara yang jarang lagi berlaku. Tersebar dalam kalangan mereka pencabulan, tekanan dan keganasan keluarga serta sumbang mahram. Di sesetengah negara digubal undang-undang yang membenarkan seks luar tabii seperti liwat dan homoseksual dan perkahwinan sama jenis antara dua lelaki atau wanita diiktiraf. Ditambah pula dari semua itu isteri menjadi seperti suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga – ini jika ia memiliki keluarga- di luar rumah seperti menjamin nafkah dan menghantar anak-anak dan suami ke sekolah dan tempat-tempat kerja di samping tugasnya di dalam rumah. Maka adakah ini hak-hak dan syariat yang mereka serukan? Dan mereka mahu pasarkan di kalangan umat Islam?!

Bersama tersebarnya keruntuhan akhlak dan meluasnya hubungan seksual yang keliru berbanding hubungan yang benar antara lelaki dan wanita di Barat, telah muncul pula kesedaran kebangkitan di atas asas Islam dalam negara umat Islam. Seruan agar kembali kepada agama Islam serta beriltizam dengan hukum-hakamnya mula menggema dan menjadi fenomena umum di dunia Islam yang menyebabkan kemarahan Kuffar dan bertambahnya umat Islam. Lalu mereka kembali kepada gerakan mereka yang awal dahulu iaitu memperdaya Islam dengan dakwaan pembebasan wanita Muslimah dari ikatan mereka dan persamaan hak dengan lelaki. Amerika Syarikat mengetuai mereka menanam pemikiran ini dengan segenap kekuatan, kuasa dan cara-cara yang mereka miliki berupa cara yang menarik mahupun menakutkan. Mereka terbahagi kepada dua pihak, berpegang kepada dua arah yang terpecah tugas dalam memberi perhatian kepada hal-ehwal wanita Muslimah dan kedua-dua arah tersebut adalah: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai persatuannya dan Amerika Syarikat sendiri, sebagai pembawa panji sekular dan demokrasi.

[Bersambung]

Propaganda Yang Dilancarkan Oleh Kapitalisme Ke Atas Muslimah [Bhg 2]





Wanita Dalam Tamadun Cina

Dalam tamadun Cina, wanita digelar “Air penyakit yang mencuci dan menyapu masyarakat dari kebahagiaan dan harta”. Kaum lelaki menganggap wanita jahat dan digunakan hanya untuk melayan kehendaknya. Ia memperlakukan mereka menurut cara yang disukainya. Wanita, khususnya dari kasta tinggi hidup dalam keadaan hampir terpencil sama sekali. Mereka tiada hak untuk keluar daripada rumah atau untuk menerima kunjungan sesiapa bahkan untuk bergaul dengan orang lain. Terdapat rumah-rumah yang dikhususkan untuk wanita dan juga rumah-rumah untuk lelaki. Wanita diharamkan dari memperoleh harta pusakanya samada daripada suaminya atau daripada bapanya. Wanita hanya memiliki apa yang diberikan kepada mereka ketika berumahtangga.

Wanita Dalam Tamadun India

Dalam tamadun India pula, wanita dianggap malapetaka dan wabak kematian. Mereka dianggap lebih dahsyat daripada neraka, lebih berbisa daripada racun serta lebih berbahaya daripada ular. Para wanitanya suka berkahwin awal dan boleh untuk tidak mentaati walinya dan tidak patuh kepada perintah mereka jika telah menjangkau lebih tiga tahun dari usia balighnya dan belum lagi dikahwinkan. Oleh itu, walinya akan berusaha untuk mengahwinkannya pada masa dia berusia dua belas tahun atau kurang dari itu. Adakalanya mereka dikahwinkan seawal usia lapan tahun. Dalam hidupnya, suaminya memilikinya sama seperti memiliki harta, tiada pembelaan dan perlindungan untuknya, tidak juga berhak untuk persaksian. Lelaki berhak untuk menjadikannya taruhan dalam perjudian.

Lelaki boleh berkahwin lagi jika si isteri telah mati. Namun begitu, wanita tidak boleh berbuat demikian dan terus menjadi janda di sisa-sisa hidupnya. Mereka akan dipuji jika [mengamalkan adat ‘sati’] iaitu membakar dirinya dengan api untuk mengikuti suaminya yang telah mati sebagai menunjukkan kesetiaannya dan melarikan diri daripada kepayahan hidup. Adat ini masih berleluasa hingga beberapa kurun sehingga umat Islam menghapuskannya dan seterusnya [turut dihapuskan oleh] kaum penjajah Inggeris.

Wanita Dalam Tamadun Jepun

Dalam tamadun Jepun, mereka menganggap wanita sebagai kesenangan bagi lelaki. Wanita dipergunakan sekehendak hati mereka. Mereka boleh menjual isteri atau anak perempuan mereka. Antara amalan mereka juga, seorang lelaki yang memiliki wanita akan menyewakannya, iaitu wanita yang tidak bersuami atau seorang anak gadis dalam tempoh tertentu dengan individu tertentu. Anak perempuan sebelum dia bersuami dianggap sebagai milik bapanya, sementara jika sudah bersuami menjadi milik suaminya dan selepas suaminya mati mereka berada di bawah wasiat kerabat suami. Sebahagian undang-undang ini terus dipraktikkan sehingga akhir kurun ke sembilan belas Masehi.

Wanita Dalam Tamadun Antara Dua Sungai

Dalam tamadun antara dua sungai, para pemerintah dari kalangan Assyria dan Babilon tidak membenarkan ibu bapa mengahwinkan anak perempuan mereka. Demikian pula, anak perempuan tidak boleh berkahwin sendiri. Hak ini diberikan kepada ahli nujum. Anak-anak gadis yang telah baligh dikumpulkan setiap tahun bersama ahli nujum. Mereka akan menjual gadis-gadis tersebut di pasar dengan secara lelong. Wali kepada gadis itu perlu membayar harga tertentu kepada si suami jika lelaki itu tidak menyukainya lagi. Anak gadis itu pula akan pergi kepada dewa kecantikan sekali dalam seumur hidupnya untuk menyerahkan dirinya kepada orang asing yang memilihnya untuk menggaulinya.

Wanita Dalam Tamadun Parsi

Dalam tamadun Parsi, orang-orang Parsi menganggap wanita sebagai pembantu kepada ahriman (syaitan). Dia melambangkan keburukan yang terjelma. Dia adalah milik lelaki. Lelaki boleh membunuhnya dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya jika dia mahu. Dia juga merupakan barangan yang boleh digunakan sesuka hati seperti menggunakan barang-barang miliknya yang lain. Dia tidak boleh belajar atau keluar daripada rumah. Dia hidup di dalam rumah dan ditutup seperti barang tertentu yang lain oleh si pemilik rumah.

Wanita Dalam Tamadun Turki Lama

Dalam tamadun Turki Lama (sebelum Islam), orang-orang Turki menganggap wanita itu sangat lemah. Mereka hanya digunakan untuk melampiaskan nafsu syahwat oleh para hartawan. Kaum wanita berkumpul secara individu atau berpuluh-puluh orang di rumah ketua atau pemimpin dan tinggal di sana supaya dapat dijadikan tempat untuk bersenang-senang. Pada siang harinya mereka pergi mengerjakan ladang-ladang dan bekerja di kebun-kebun. Sementara kedudukan ibu di sisi mereka adalah seseorang yang dihormati dan dilayan dengan baik (diberi khidmat).

Wanita Dalam Tamadun Firaun

Dalam tamadun Firaun di Mesir, lelaki berkahwin dengan adik-beradik atau anak gadisnya. Cemburu lelaki terhadap wanita sangat sedikit. Perkahwinan di kalangan mereka dibina atas asas keredhaan antara suami dan isteri semata. Wanita ada hak mensyaratkan talak untuk dirinya samada secara sendiri atau secara bersama-sama iaitu antara dia dan suaminya. Barangkali dia mensyaratkan atas suaminya agar harta milik suaminya hanya diberikan kepada anak-anaknya sahaja dan tidak kepada anak-anak daripada isteri-isteri yang lain. Wanita tidak boleh mengelolakan harta melainkan dengan izin suami. Semuanya adalah untuk suami. Kaum wanita tidak boleh memiliki kerana lelaki adalah sumber kekayaan dan pemilik utamanya. Kedudukannya lebih rendah daripada lelaki meskipun dia berhak, bahkan dia juga tidak berhak untuk duduk di atas singgahsana melainkan jika lelaki telah pupus daripada keluarga pemerintah. Hal seperti ini jelas berlaku ketika pemerintahan Yunani di Mesir. Hanya wanita Mesir di beberapa zaman menikmati hak-hak yang sama seperti lelaki. Dia menyertai lelaki di tempat-tempat peribadatan dan institusi pemerintahan. Ratu Cleopatra telah masyhur dengan perkara itu dalam sejarah.

Wanita Dalam Kalangan Kaum Yahudi

Dalam kalangan kaum Yahudi yang telah menyelewengkan agama mereka, ditemukan beberapa hukum yang pelik dalam kitab Taurat yang telah diubah. Antara hukum tersebut adalah menganggap wanita yang sedang haid sebagai najis, tidak boleh disentuh dan tidak boleh tidur di katil bersamanya, tidak boleh sembahyang dan tidak boleh memasuki tempat ibadat serta tidak boleh makan makanan yang dimasaknya. Oleh yang demikian, lelaki Yahudi akan menjauhinya dan memusuhinya seumpama dia adalah kekotoran hasil daripada perbuatan syaitan. Mereka dizalimi, dipaksa menurut perintah lelaki. Mereka juga bertanggungjawab atas kesalahan lelaki sebagaimana anggapan mereka bahawa Hawa bertanggungjawab di atas kesalahan Adam dan menyebabkannya keluar dari syurga kerana telah memakan daripada pokok yang diharamkan. Setelah itu, tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut berpindah kepada para wanita. Dalam salah satu protokol mereka disebutkan di bawah lisan wanita : ”Inilah aku dengan dosa aku digambarkan dan dengan kesalahan aku bawaan dari ibuku”. Yahudi tidak mewariskan harta kepada wanita. Hak-haknya dalam perkahwinan juga tidak dijaga. Lelaki berkahwin dengan wanita tanpa mengira jumlahnya dan menceraikan mereka hanya kerana sebab-sebab yang remeh. Mereka dianggap antara barisan perhiasan rumah yang dimanfaatkan oleh lelaki bila mana dia suka dan akan melemparkannya apabila dia tidak suka. Jika seorang wanita diceraikan, dia akan berkahwin lagi setelah itu. Kemudian diceraikan sekali lagi maka lelaki itu tidak boleh merujuknya semula. Jika dia melakukan hal demikian maka anak-anaknya adalah anak zina. Jika si lelaki mati, tempat tersebut wajib digantikan oleh abangnya.

Wanita Dalam Kalangan Kaum Nasrani

Kaum Nasrani telah menyelewengkan agama mereka. Banyak syariat mereka diambil daripada kitab Taurat yang telah diselewengkan. Pada hakikatnya Taurat adalah perkhabaran daripada pendeta Yahudi dan paderi Nasrani. Oleh itu, dalam Injil tidak ditemukan persoalan mengenai wanita melainkan sedikit sekali. Meskipun sedikit, ia sesungguhnya tunduk kepada pentafsiran para paderi dan agamawan mereka. Disebutkan dalam peringatan oleh Isa al-Masih alaihissalam, menurut kata mereka, “Kamu telah mendengar bahawa dikatakan kepada orang terdahulu, jangan berzina dan adapun aku maka aku katakan kepada kamu bahawa semua yang melihat kepada wanita untuk menikmatinya maka dia telah berzina dengannya dalam hati. Dan dikatakan bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya hendaklah memberikan buku cerai. Dan adapun aku, aku nyatakan kepada kamu sesiapa yang menceraikan isterinya melainkan dengan sebab zina ia menjadikannya berzina, barangsiapa yang mengahwini orang yang diceraikan maka sesungguhnya dia berzina”. Sebahagian lelaki Nasrani telah bersikap melampau selepas masa Sayidina Isa alaihissalam. Mereka terlalu berburuk sangka terhadap wanita contohnya ketika mereka meragukan kemanusiaannya. Hinggakan dalam perkumpulan di gereja mereka tertanya-tanya samada jika wanita tidak mempunyai ruh seperti ruh lelaki dan persoalan mengenai jika perlu meletakkan kedudukannya adakah di antara binatang buas atau antara makhluk berfikir. Sebahagian paderi besar dalam pertemuan Bacon telah menegaskan bahawa "Kaum wanita tidak terikat dan terkait dengan jenis manusia”, sepertimana dinyatakan dalam pertemuan yang diadakan di Rom pada tahun 582 Masehi. Para gerejawannya memperakukan bahawasanya “Wanita adalah makhluk yang tidak berjiwa, oleh itu, dengan sebab ini ia tidak mewarisi Firdaus, dan tidak sekali-kali

Wanita Dalam Tamadun Cina

Dalam tamadun Cina, wanita digelar “Air penyakit yang mencuci dan menyapu masyarakat dari kebahagiaan dan harta”. Kaum lelaki menganggap wanita jahat dan digunakan hanya untuk melayan kehendaknya. Ia memperlakukan mereka menurut cara yang disukainya. Wanita, khususnya dari kasta tinggi hidup dalam keadaan hampir terpencil sama sekali. Mereka tiada hak untuk keluar daripada rumah atau untuk menerima kunjungan sesiapa bahkan untuk bergaul dengan orang lain. Terdapat rumah-rumah yang dikhususkan untuk wanita dan juga rumah-rumah untuk lelaki. Wanita diharamkan dari memperoleh harta pusakanya samada daripada suaminya atau daripada bapanya. Wanita hanya memiliki apa yang diberikan kepada mereka ketika berumahtangga.

Wanita Dalam Tamadun India

Dalam tamadun India pula, wanita dianggap malapetaka dan wabak kematian. Mereka dianggap lebih dahsyat daripada neraka, lebih berbisa daripada racun serta lebih berbahaya daripada ular. Para wanitanya suka berkahwin awal dan boleh untuk tidak mentaati walinya dan tidak patuh kepada perintah mereka jika telah menjangkau lebih tiga tahun dari usia balighnya dan belum lagi dikahwinkan. Oleh itu, walinya akan berusaha untuk mengahwinkannya pada masa dia berusia dua belas tahun atau kurang dari itu. Adakalanya mereka dikahwinkan seawal usia lapan tahun. Dalam hidupnya, suaminya memilikinya sama seperti memiliki harta, tiada pembelaan dan perlindungan untuknya, tidak juga berhak untuk persaksian. Lelaki berhak untuk menjadikannya taruhan dalam perjudian.

Lelaki boleh berkahwin lagi jika si isteri telah mati. Namun begitu, wanita tidak boleh berbuat demikian dan terus menjadi janda di sisa-sisa hidupnya. Mereka akan dipuji jika [mengamalkan adat ‘sati’] iaitu membakar dirinya dengan api untuk mengikuti suaminya yang telah mati sebagai menunjukkan kesetiaannya dan melarikan diri daripada kepayahan hidup. Adat ini masih berleluasa hingga beberapa kurun sehingga umat Islam menghapuskannya dan seterusnya [turut dihapuskan oleh] kaum penjajah Inggeris.

Wanita Dalam Tamadun Jepun

Dalam tamadun Jepun, mereka menganggap wanita sebagai kesenangan bagi lelaki. Wanita dipergunakan sekehendak hati mereka. Mereka boleh menjual isteri atau anak perempuan mereka. Antara amalan mereka juga, seorang lelaki yang memiliki wanita akan menyewakannya, iaitu wanita yang tidak bersuami atau seorang anak gadis dalam tempoh tertentu dengan individu tertentu. Anak perempuan sebelum dia bersuami dianggap sebagai milik bapanya, sementara jika sudah bersuami menjadi milik suaminya dan selepas suaminya mati mereka berada di bawah wasiat kerabat suami. Sebahagian undang-undang ini terus dipraktikkan sehingga akhir kurun ke sembilan belas Masehi.

Wanita Dalam Tamadun Antara Dua Sungai

Dalam tamadun antara dua sungai, para pemerintah dari kalangan Assyria dan Babilon tidak membenarkan ibu bapa mengahwinkan anak perempuan mereka. Demikian pula, anak perempuan tidak boleh berkahwin sendiri. Hak ini diberikan kepada ahli nujum. Anak-anak gadis yang telah baligh dikumpulkan setiap tahun bersama ahli nujum. Mereka akan menjual gadis-gadis tersebut di pasar dengan secara lelong. Wali kepada gadis itu perlu membayar harga tertentu kepada si suami jika lelaki itu tidak menyukainya lagi. Anak gadis itu pula akan pergi kepada dewa kecantikan sekali dalam seumur hidupnya untuk menyerahkan dirinya kepada orang asing yang memilihnya untuk menggaulinya.

Wanita Dalam Tamadun Parsi

Dalam tamadun Parsi, orang-orang Parsi menganggap wanita sebagai pembantu kepada ahriman (syaitan). Dia melambangkan keburukan yang terjelma. Dia adalah milik lelaki. Lelaki boleh membunuhnya dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya jika dia mahu. Dia juga merupakan barangan yang boleh digunakan sesuka hati seperti menggunakan barang-barang miliknya yang lain. Dia tidak boleh belajar atau keluar daripada rumah. Dia hidup di dalam rumah dan ditutup seperti barang tertentu yang lain oleh si pemilik rumah.

Wanita Dalam Tamadun Turki Lama

Dalam tamadun Turki Lama (sebelum Islam), orang-orang Turki menganggap wanita itu sangat lemah. Mereka hanya digunakan untuk melampiaskan nafsu syahwat oleh para hartawan. Kaum wanita berkumpul secara individu atau berpuluh-puluh orang di rumah ketua atau pemimpin dan tinggal di sana supaya dapat dijadikan tempat untuk bersenang-senang. Pada siang harinya mereka pergi mengerjakan ladang-ladang dan bekerja di kebun-kebun. Sementara kedudukan ibu di sisi mereka adalah seseorang yang dihormati dan dilayan dengan baik (diberi khidmat).

Wanita Dalam Tamadun Firaun

Dalam tamadun Firaun di Mesir, lelaki berkahwin dengan adik-beradik atau anak gadisnya. Cemburu lelaki terhadap wanita sangat sedikit. Perkahwinan di kalangan mereka dibina atas asas keredhaan antara suami dan isteri semata. Wanita ada hak mensyaratkan talak untuk dirinya samada secara sendiri atau secara bersama-sama iaitu antara dia dan suaminya. Barangkali dia mensyaratkan atas suaminya agar harta milik suaminya hanya diberikan kepada anak-anaknya sahaja dan tidak kepada anak-anak daripada isteri-isteri yang lain. Wanita tidak boleh mengelolakan harta melainkan dengan izin suami. Semuanya adalah untuk suami. Kaum wanita tidak boleh memiliki kerana lelaki adalah sumber kekayaan dan pemilik utamanya. Kedudukannya lebih rendah daripada lelaki meskipun dia berhak, bahkan dia juga tidak berhak untuk duduk di atas singgahsana melainkan jika lelaki telah pupus daripada keluarga pemerintah. Hal seperti ini jelas berlaku ketika pemerintahan Yunani di Mesir. Hanya wanita Mesir di beberapa zaman menikmati hak-hak yang sama seperti lelaki. Dia menyertai lelaki di tempat-tempat peribadatan dan institusi pemerintahan. Ratu Cleopatra telah masyhur dengan perkara itu dalam sejarah.

Wanita Dalam Kalangan Kaum Yahudi

Dalam kalangan kaum Yahudi yang telah menyelewengkan agama mereka, ditemukan beberapa hukum yang pelik dalam kitab Taurat yang telah diubah. Antara hukum tersebut adalah menganggap wanita yang sedang haid sebagai najis, tidak boleh disentuh dan tidak boleh tidur di katil bersamanya, tidak boleh sembahyang dan tidak boleh memasuki tempat ibadat serta tidak boleh makan makanan yang dimasaknya. Oleh yang demikian, lelaki Yahudi akan menjauhinya dan memusuhinya seumpama dia adalah kekotoran hasil daripada perbuatan syaitan. Mereka dizalimi, dipaksa menurut perintah lelaki. Mereka juga bertanggungjawab atas kesalahan lelaki sebagaimana anggapan mereka bahawa Hawa bertanggungjawab di atas kesalahan Adam dan menyebabkannya keluar dari syurga kerana telah memakan daripada pokok yang diharamkan. Setelah itu, tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut berpindah kepada para wanita. Dalam salah satu protokol mereka disebutkan di bawah lisan wanita : ”Inilah aku dengan dosa aku digambarkan dan dengan kesalahan aku bawaan dari ibuku”. Yahudi tidak mewariskan harta kepada wanita. Hak-haknya dalam perkahwinan juga tidak dijaga. Lelaki berkahwin dengan wanita tanpa mengira jumlahnya dan menceraikan mereka hanya kerana sebab-sebab yang remeh. Mereka dianggap antara barisan perhiasan rumah yang dimanfaatkan oleh lelaki bila mana dia suka dan akan melemparkannya apabila dia tidak suka. Jika seorang wanita diceraikan, dia akan berkahwin lagi setelah itu. Kemudian diceraikan sekali lagi maka lelaki itu tidak boleh merujuknya semula. Jika dia melakukan hal demikian maka anak-anaknya adalah anak zina. Jika si lelaki mati, tempat tersebut wajib digantikan oleh abangnya.

Wanita Dalam Kalangan Kaum Nasrani

Kaum Nasrani telah menyelewengkan agama mereka. Banyak syariat mereka diambil daripada kitab Taurat yang telah diselewengkan. Pada hakikatnya Taurat adalah perkhabaran daripada pendeta Yahudi dan paderi Nasrani. Oleh itu, dalam Injil tidak ditemukan persoalan mengenai wanita melainkan sedikit sekali. Meskipun sedikit, ia sesungguhnya tunduk kepada pentafsiran para paderi dan agamawan mereka. Disebutkan dalam peringatan oleh Isa al-Masih alaihissalam, menurut kata mereka, “Kamu telah mendengar bahawa dikatakan kepada orang terdahulu, jangan berzina dan adapun aku maka aku katakan kepada kamu bahawa semua yang melihat kepada wanita untuk menikmatinya maka dia telah berzina dengannya dalam hati. Dan dikatakan bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya hendaklah memberikan buku cerai. Dan adapun aku, aku nyatakan kepada kamu sesiapa yang menceraikan isterinya melainkan dengan sebab zina ia menjadikannya berzina, barangsiapa yang mengahwini orang yang diceraikan maka sesungguhnya dia berzina”. Sebahagian lelaki Nasrani telah bersikap melampau selepas masa Sayidina Isa alaihissalam. Mereka terlalu berburuk sangka terhadap wanita contohnya ketika mereka meragukan kemanusiaannya. Hinggakan dalam perkumpulan di gereja mereka tertanya-tanya samada jika wanita tidak mempunyai ruh seperti ruh lelaki dan persoalan mengenai jika perlu meletakkan kedudukannya adakah di antara binatang buas atau antara makhluk berfikir. Sebahagian paderi besar dalam pertemuan Bacon telah menegaskan bahawa "Kaum wanita tidak terikat dan terkait dengan jenis manusia”, sepertimana dinyatakan dalam pertemuan yang diadakan di Rom pada tahun 582 Masehi. Para gerejawannya memperakukan bahawasanya “Wanita adalah makhluk yang tidak berjiwa, oleh itu, dengan sebab ini ia tidak mewarisi Firdaus, dan tidak sekali-kali akan masuk ke kerajaan langit dan ia adalah kekotoran yang terhasil daripada perbuatan syaitan. Ia tidak boleh bercakap, ketawa dan makan daging. Matlamat waktunya hendaklah dihabiskan untuk berkhidmat kepada lelaki tuannya dan untuk beribadat kepada tuhannya.”

Dalam kurun pertengahan, di bawah naungan kekuasaan gereja, mereka memandang wanita sebagai barang milik lelaki, boleh digunakan sesuka hati. Dia adalah milik bapanya, kemudian suaminya dan kemudian anaknya yang semuanya mengurusinya sama seperti mengurus haiwan, barang atau dagangan mereka. Adat yang mendominasi di Eropah sangat kejam. Mereka memandang seksual sebagai kotor dan keji. Lelaki yang baik dan bersih tidak menginginkannya. Mereka menghina sesiapa yang memberi perhatian mendalam atau membincangkan tentangnya kerana hal itu tidak sesuai bagi orang yang mahu membersih dan meninggikan diri daripada kerendahan. Wanita tidak lain adalah tempat untuk anak-anak yang dilahirkan dan dididik untuk meneruskan generasi. Dia adalah syaitan dengan rupa manusia, diragui kemanusiaannya kerana salah seorang anggota dewan gereja di Rom memperakukan bahawa “Wanita tanpa ruh dan tidak kekal tetapi diwajibkan beribadat dan dimestikan untuk berkhidmat dan mulutnya ditutup seperti unta”. Mereka juga sangat berburuk sangka terhadap akhlak wanita. Pada zaman tersebut telah maklum dengan pemakaian cawat besi yang dibentuk pada tali pinggang yang dipakai oleh wanita di sekeliling pinggangnya sementara para suami menjaga kunci-kuncinya.

Wanita Dalam Kalangan Arab Jahiliyyah

Dalam kalangan kaum Arab pada zaman Jahiliyyah, wanita lebih rendah kedudukannya dari lelaki. Mereka dipandang rendah. Lelaki Arab meskipun mereka menunggang kuda dan menjaga kabilah dan harta benda namun penghinaannya kepada wanita sampai kepada tahap menanam hidup-hidup anak perempuannya, iaitu menanamnya dalam tanah hidup-hidup samada kerana takut malu, miskin atau celaan. Al-Qur’an al-Karim telah memberi amaran mengenai hal tersebut. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh.” [TMQ At-Takwir: 8-9].

Orang Arab berasa sedih dan berputus asa serta marah jika diberitahu mengenai kelahiran anak perempuan seperti yang diterangkan dalam al-Qur’an dengan firman Allah Subhanahu wa Taala:

“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang dia beroleh anak perempuan; sambil dia berfikir): adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.“ [TMQ An-Nahl: 58-59].

Wanita tiada hak untuk mewarisi samada dia adalah ibu, adik-beradik perempuan, isteri, anak perempuan dan sebagainya. Dia juga tiada hak untuk memperoleh pendapatan atau mengelolakan harta miliknya. Dari Umar bin al-Khattab radiallahu anhu. katanya: “Kami pada zaman Jahiliyyah tidak menilai apa pun terhadap wanita, ketika Islam datang dan Allah menyebut tentang mereka, kami melihat bagi mereka ada hak ke atas kami.” (Riwayat Bukhari). Dan dari Ibn Abbas telah berkata: “Dulu (Arab Jahiliyyah) jika telah mati seorang lelaki, wali-walinya lebih berhak kepada balunya, jika mereka menyukai, akan dikahwini, atau jika tidak, dikahwinkannya (untuk mendapatkan maharnya) dan jika mereka suka, mereka juga tidak akan mengahwinkannya. Mereka lebih berhak terhadapnya daripada keluarganya. Maka turunlah surah an-Nisa’:19 : “Wahai orang-orang yang beriman tidak halal bagi kamu untuk mewarisi wanita secara paksa” [Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i].

Dalam kehidupan berkeluarga, si isteri kebiasaannya ditindas, lelaki mengamalkan poligami yang tidak dibataskan dengan jumlah tertentu, talak merupakan satu cara untuk menekan wanita dan melenyapkan harta mereka. Nafsu syahwat dan ingin berseronok merupakan pendorong untuk berkahwin tanpa ada niat untuk membina keluarga. Talak mengikut acuan lelaki. Mereka tidak memelihara kemaslahatan si isteri. Ila’ dan zihar juga merupakan cara untuk menekan dan menyakiti wanita yang berkahwin.

Pernikahan (dalam kalangan Arab) disempurnakan dengan beberapa cara yang masyhur. Antaranya:

Pernikahan manusia: seorang lelaki melamar anak perempuan seorang lelaki atau tanggungannya dan diberi mahar (iaitu ditunaikan maharnya) kemudian dikahwininya.

Pernikahan secara permanian beradas: dalam perkahwinan ini, seorang lelaki akan berkata kepada wanitanya jika dia telah bersih dari haidnya: Utuslah kepada si fulan lalu ambillah sperma darinya. Dia akan dipencilkan hingga jelas kandungannya. Jika telah jelas, wanita tersebut dikahwini sekiranya dia suka dan hal itu dilakukan semata-mata menginginkan kelahiran anak tersebut.

Pernikahan yang lain: sekumpulan lelaki yang berjumlah kurang dari sepuluh orang berkumpul untuk menyetubuhi seorang wanita. Jika ia mengandung dan melahirkan dan telah berlalu beberapa malam diutuskan wanita itu kepada mereka. Tiada seorang lelaki pun boleh menolak hingga mereka berkumpul bersamanya dan kepada mereka dikatakan, kamu telah mengetahui apa yang kamu lakukan dan aku telah melahirkan. Inilah anakmu wahai si fulan. Dia memanggil nama orang yang dia sukai lalu anak tersebut diserahkan kepadanya sedangkan lelaki tersebut tidak boleh menolaknya.

Pernikahan keempat: ramai lelaki berkumpul dan menyetubuhi seorang wanita. Wanita itu tidak boleh menghalang siapa yang datang kepadanya, mereka ini para pelacur. Pada pintu-pintu rumah mereka dipacakkan seumpama bendera. Sesiapa yang menginginkan mereka akan menyetubuhinya dan jika salah seorang mengandung dan melahirkan anak, mereka berkumpul dan memanggil tukang tenung (tukang tilik), dan mereka akan menyerahkan anaknya kepada orang yang dilihat sebagai bapanya. Lalu anak itu ditemui dan dipanggil tanpa dapat menolaknya.

Demikian juga di sana terdapat bermacam-macam lagi pernikahan lain yang sangat sedikit dipraktikkan seperti: pernikahan tukaran dan pernikahan yang membabitkan amalan saling bertukar pasangan antara suami isteri tanpa talak dan melakukan akad yang baru dan sebagainya.

Pada zaman Jahiliyyah, jika suami kepada seseorang wanita meninggal dunia, dia akan mengurung dirinya selama setahun penuh tanpa memakai pakaian baru atau mandi dan berwangi-wangian. Dia juga tidak menawarkan diri untuk berkahwin atau ditawarkan untuk dikahwini oleh orang lain. Waris si suami tidak berasa perlu bertanggungjawab untuk memberikan tempat tinggal, makanan selama tempoh berkabung tersebut.

Orang Arab pada zaman Jahiliyyah meninggikan jumlah mahar dan syarat sekufu. Seorang merdeka tidak boleh mengahwini hamba sahaya. Wanita yang bernasab tinggi pula tidak berkahwin dengan orang yang lebih rendah nasabnya yang menyebabkan terdapatnya ramai andartu dalam kalangan orang Arab.

Inilah keadaan wanita pada zaman Jahiliyyah pada umumnya. Cuma terdapat riwayat yang banyak jumlahnya serta benar yang menjelaskan tingginya kedudukan sesetengah wanita. Tiadalah nama-nama seperti Khadijah binti Khuwalid, anak-anak perempuan Hatim at-Tha’i, Jalilah Binti Murrah, Hindun Binti Atabah dan al-Khansa’ melainkan contoh-contoh wanita yang mulia. Namun contoh tersebut sangat sedikit berbanding jumlah seluruh wanita Arab.

[Bersambung]

Propaganda Yang Dilancarkan Oleh Kapitalisme Ke Atas Muslimah (Bhg1)


BAHAGIAN 1




Muqaddimah

Wanita Muslimah telah menjadi subjek propaganda yang dilakukan dengan hebatnya oleh negara-negara Kapitalis Barat. Mereka bermaksud hendak mengeluarkan wanita Muslimah ini dari cara hidup mereka yang murni dan hubungan suci di antara mereka agar menjadi barang dagangan dan objek untuk melampiaskan nafsu syahwat semata-mata. Propaganda ini telah bermula sejak awal ia dilancarkan ke atas umat, tetapi langkah dan gayanya kian bertambah akhir-akhir ini terutamanya selepas peristiwa 11/9. Bagaimanakah pandangan dunia terhadap wanita pada masa sebelum Islam dan pada zaman moden? Apakah rancangan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam masalah ini….Inilah yang akan kami perjelaskan insyaAllah Ta’ala.

Sejak Allah Ta’ala mengutuskan Nabi Muhammad sa.w. dengan risalah Islam kepada seluruh manusia, bermulalah pertentangan antara kaum Muslim dan kafir. Ia berterusan dalam pelbagai bidang dan dalam semua tingkat kehidupan. Orang kafir sentiasa melemparkan tuduhan berbahaya dan pembohongan keji kepada Islam. Namun agama ini dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala dan juga melalui tangan-tangan kaum Muslimin yang ikhlas dan sedar tetap jua menang dan mengatasi sebahagian besar agama-agama yang lain sejak beberapa kurun lamanya.

Dalam kurun ke-19 masehi, ketika keupayaan berfikir umat mulai lemah dan tahap kemunduran mereka mencecah tahap yang tidak selayaknya, serangan kafir terhadap Islam mulai gencar. Sumbernya adalah Kapitalis Eropah. Api konflik secara ketenteraan, politik dan pemikiran antara umat Islam dan kuffar mula menyala sehingga lah Daulah Khilafah diruntuhkan pada tahun 1924 masehi. Para kapitalis telah memperoleh kemenangan dari segi politik dan ketenteraan ke atas kaum Muslim. Penentangan terhadap pemikiran umat tetap mereka teruskan. Idea-idea Islam dan hukum-hakamnya diserang; jihad, hukum uqubat dan hudud, hukum sistem sosial dalam Islam “pada hari ini mereka menamakannya sebagai urusan individu” termasuk isu poligami, talak, warisan, pakaian serta hukum-hukum yang lain yang berkaitan dengan wanita. Mereka menyeru kepada percampuran antara lelaki dan wanita. Dek kerana kelemahan dari sudut politik dan rendahnya tahap berfikir mereka, mereka telah membahagikan kepada tiga bahagian dalam rangka menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. Pertama, mereka yang menolak serangan ini dan bersenjatakan idea Islam. Mereka ini bilangannya sedikit. Kedua, mereka yang redha Islam menjadi pihak tertuduh lalu mempertahankan Islam dengan cara yang salah. Mereka amat memberikan perhatian terhadap usaha penyesuaian Islam dengan hadharah kapitalis. Ketiga, mereka yang merasa cukup dan berpuashati dengan seruan hadharah Barat yang rosak itu lalu menyeru agar mengambilnya dan membuang hukum Islam dengan alasan bahawa ia tidak lagi sesuai dengan zaman sekarang dan peranannya telah pun berakhir.

Selepas Tentera Salib Barat musuh pertama bagi Islam dapat melenyapkan Daulah Khilafah pada awal kurun yang lalu, negeri-negeri kaum Muslimin telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa negara kecil yang miskin. Di setiap negeri tersebut dilantik pemerintah yang bersekutu dengan umat secara nama sahaja. Sedangkan kepada umat diterapkan hukum-hukum kufur dalam segenap aspek kehidupan sehingga kaum kuffar dan boneka-bonekanya berani menikam setiap bahagian agama ini dan bahkan dalam kebanyakan perkara agama yang telah diterima pakai oleh umat ini.

Pertembungan budaya kapitalis yang menyerbu secara tiba-tiba ke dalam pemikiran sebahagian umat Islam menyebabkan berlaku pula kekusutan dalam memahami dalil-dalil syarak dan berlaku penyimpangan. Sepatutnya mereka menghadkan pengambilan madaniyyah Barat sebatas bentuk-bentuk materinya sahaja, yang sebenarnya boleh sahaja untuk diambil dengan menganggapnya sebagai wasilah dan uslub yang diharuskan. Sebaliknya mereka mula menyeru agar mengambil hadharah Barat serta konsep-konsepnya seperti sistem demokrasi yang sangat bertentangan dengan hadharah Islam serta konsep-konsep Islam itu sendiri. Semuanya itu disebabkan mereka telah tertawan dengan madaniyyah Barat. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan berfikir dan politik hasil didikan Barat dan disusup masuk dalam barisan kaum Muslimin. Ia dipakaikan dengan pakaian ilmu syarak dengan alasan perbaikan (islah) terhadap umat yang teruk dan mundur ini. Antara yang mereka serukan adalah memberikan hak-hak dan persamaan dengan kaum lelaki kepada kaum wanita seolah-olah dalam Islam wanita tidak mempunyai hak dan berada pada tahap dan keadaan yang lebih rendah dari lelaki.

Mereka mahu wanita Muslimah menjadi seperti wanita Barat yang keluar dari rumahnya dan menjadi sebahagian daripada barang yang bermanfaat dalam hadharah mereka. Mereka ini hanya dilihat sebagai barang dagangan atau tempat untuk melampiaskan hawa nafsu. Jika keadaan kaum wanita mereka adalah seperti ini, yang menjadi tidak berkeluarga dan tidak mempunyai sebarang hak yang sesuai, maka bagaimana pula keadaan wanita Muslimah dalam hal demikian. Khususnya bahawa Islam telah menempatkannya pada posisi yang sesuai untuknya?! Adakah benar bahawa wanita Muslimah dizalimi seperti yang mereka dakwa? Adakah juga benar mereka tidak mempunyai hak hingga datang musuh umat dan agama ini meminta supaya mereka ini diberikan hak yang telah dirampas, untuk menyamakannya dengan wanita di Barat seperti yang mereka tuduh itu?! Dan adakah benar bahawa wanita di Barat menikmati hak yang terbaik?! Ataupun ada udang di sebalik batu?! Mereka ini sebenarnya mahu keluarga Muslim dihancurkan yang mereka tahu ia tidak akan terjadi melainkan dengan merosakkan wanita Muslimah, tiang asasnya terlebih dahulu.

Di bawah seruan-seruan yang keji dan penuh tipu daya ini, kafir Barat berusaha memusuhi umat untuk meruntuh dan membinasakan aspek sosial kaum Muslimin dengan segenap kekuatan. Perkara tersebut mereka usahakan selepas menghancurkan Daulah Khilafah dan memecah-belahkan negeri-negeri mereka dan menjadikan mereka berada di bawah bangsa yang lain.

Inilah yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini. Di tambah pula propaganda ketenteraan yang diketuai oleh Amerika sehingga kepada propaganda pemikiran kapitalis, antaranya kempen menuntut persamaan hak dengan kaum lelaki, lebih jauh lagi persamaannya dengan wanita di Barat. Adakah benar ada isu wanita Muslimah yang tidak dapat diselesaikan oleh Islam?! Mengapakah semua isu yang diperbesarkan ini berkisar tentang wanita Muslimah?! Mengapa isu ini dijadikan bentuk rasmi dalam pertubuhan negara-negara Islam yang diambil pula oleh pihak sistem pemerintah. Media-media massa rasmi memperkatakannya pagi dan petang dan kemudiannya seminar-seminar pun diadakan untuk membincangkan isu tersebut di samping dana-dana pun dibelanjakan untuknya.

Sesungguhnya keraguan terhadap aqidah Islam dan hukum-hakam syarak yang terpancar daripadanya merupakan satu cara perang yang diumumkan terhadap Islam. Barat berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menanggalkan umat ini dari agamanya secara pemikiran dan aqidah selepas pengikut-pengikutnya daripada kalangan para pemerintah Islam sendiri dan yang seumpamanya tidak mampu melakukan hal tersebut.

Topik ini tidak meliputi semua jenis serangan pemikiran Barat. Ia dibataskan hanya kepada apa yang dikehendaki terhadap wanita Muslimah khususnya seruan dusta mereka mengenai persamaan hak. Ia merupakan seruan bias yang menginginkan agar wanita Muslimah keluar dari rumahnya dengan alasan persamaan hak itu tadi. Supaya wanita tersebut menjadi seperti wanita Barat yang menjadi barang dagangan murahan yang dimanfaatkan. Mereka bermaksud mempengaruhi kehidupan bermasyarakat umat Islam demi merobohkan struktur kekeluargaan yang masih tinggal pada mereka, dan mengisytiharkan kemenangan sempurna mereka.

Barat telah menyedari dengan yakin bahawa ia tidak akan dapat dikalahkan dalam kehidupan dan pertentangan ini melainkan oleh umat Islam dan kaum Muslimin kerana tidak terdapat dalam dunia ini suatu umat yang memiliki pilar-pilar kebangkitan berupa pemikiran yang lengkap mengenai seluruh aspek kehidupan seperti yang dimiliki oleh umat Islam. Sesungguhnya umat ini, dengan Islam, bukan sahaja layak untuk berhadapan dengan pemikiran-pemikiran kapitalis Barat, bahkan ia juga layak untuk mengalahkan mereka dan mencabut mereka daripada akar-akarnya daripada setiap penjuru dunia.

Sementara isu mengenai hak-hak kaum wanita dan persamaannya dengan kaum lelaki serta seminar-seminar yang telah dan sedang diadakan untuk tujuan tersebut tidak lain adalah sebahagian dari peperangan yang diumumkan terhadap Islam. Mereka tidak menujukannya kepada wanita Muslimah semata bahkan terhadap Islam dan kaum Muslimin juga. Hanya perasaan kebangkitan yang mula merayap dalam diri umat ini dan perasaan untuk segera kembali kepada pemikiran Islam yang benar, diambil dan didakwahkan akan menolak tipu daya mereka kembali kepada mereka semula dan segala rancangan mereka akan rosak. Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّواْ عَن سَبِيلِ اللّهِ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ إِلَى جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka Jahanamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” (TQS: Al-Anfaal:36).

Wanita Dalam Dunia Sebelum Islam

Manusia secara semulajadinya adalah makhluk yang hidup secara bermasyarakat, iaitu bersosial. Ia tidak suka hidup sendiri dan melakukan kerja-kerja mereka seorang diri. Ia suka untuk hidup dalam sebuah masyarakat atau dalam satu kelompok. Sunatullah Ta’ala telah menentukan bahawa mereka ini terdiri daripada lelaki dan wanita. Setiap daripada mereka cenderung secara fitrahnya kepada jenis yang lain untuk memelihara kelestarian jenis manusia. Melalui percampuran antara lelaki dan wanita timbullah beberapa perkara dan permasalahan umpamanya: institusi keluarga, penyusuan, penjagaan anak, wasiat, wali, talak, hak-hak seorang bapa dan anak dan sebagainya. Sejak Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan manusia dan diturunkannya ke muka bumi, diwakilkan untuk mengimarahkan bumi ini, hiduplah masyarakat manusia di tempat-tempat yang berbeza di atas dunia ini. Mereka mendirikan tamadun masing-masing. Tamadun ini dikenali dengan nama-nama tempat dan negara yang ada kerana ia bukanlah tamadun berdasarkan ideologi. Di negeri sebelah Timur wujud tamadun Cina, India, Farsi, Jepun, Turki dan Arab (sebelum Islam). Di sebelah Barat pula muncul beberapa tamadun yang lain dan antara yang penting adalah tamadun Yunani dan Rom. Demikian juga lahir tamadun antara dua sungai; di Mesir wujud dua jenis tamadun yang dikenali sebagai tamadun antara dua sungai dan tamadun lembah Nil.
Berdasarkan perbezaan tamadun ini maka berbeza pula lah pandangan mereka terhadap wanita. Begitu juga kedudukan wanita di sisi mereka saling berbeza. Hal ini juga terjadi kepada cara pergaulan mereka dengan wanita dari satu tamadun ke tamadun yang lain dan dari satu masyarakat kepada masyarakat yang lain. Cuma, secara umumnya wanita tidak memperolehi pemeliharaan yang sesuai selain tidak memperolehi hak-hak melainkan sedikit sekali. Kebanyakan mereka memandang rendah pada wanita.

Wanita Dalam Tamadun Yunani


Dalam tamadun Yunani, pemikiran yang mendominasi tentang wanita dalam masyarakat Yunani adalah mereka itu rendah dan akal mereka cetek, dikuasai oleh emosi dan syahwat. Aristotle telah menggelar wanita sebagai “unsur tidak berakal dalam jiwa kemanusiaan.” Ia melihat bahawa wanita wajib tunduk kepada lelaki yang memiliki unsur akal. Wanita merupakan bahagian negatif dalam kehidupan lalu dia mesti mendengar dan taat kepada lelaki. Mereka berada pada martabat pertengahan antara lelaki Yunani merdeka dan hamba yang dibebaskan. Mereka tidak dibenarkan untuk memilih calon suami ketika telah sampai usia untuk berkahwin. Keluarganya lah yang akan memaksanya untuk berkahwin dengan sesiapa yang mereka kehendaki. Mereka hidup tersingkir dari medan politik dan pemerintahan. Siapa lah mereka di sisi lelaki Athens melainkan ketua khadam dan tempat untuk melahirkan anak serta wasilah untuk merealisasikan kenikmatan dan juga kebahagiaan bagi lelaki.

Wanita Dalam Tamadun Rom


Dalam tamadun Rom, wanita dianggap sebagai orang yang kurang akalnya. Mereka tiada keahlian untuk memiliki harta atau melakukan akad atau tugas pewasiatan atau melaksanakan kesaksian atau pun memegang jawatan. Undang-undang Rom menukilkan perkara tersebut. Kewanitaan bagi mereka bermaksud tiadanya kelayakan. Menurut undang-undang, amanat wasiat untuk kaum wanita dalam pandangan tamadun ini adalah untuk kaum kerabatnya dari kalangan adik-beradik kemudian kepada anggota keluarganya. Kaum lelaki sahaja yang memiliki hak kekuasaan serta hak mengelola wanita yang dimilikinya. Dia boleh menjual wanita yang berada dalam rumah mereka, menyiksa atau bahkan membunuh mereka.

[Bersambung]

Wajarkah Dibimbangi Wanita Ke Universiti, Lelaki Ke Pusat Serenti?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,


Kecemerlangan wanita dalam bidang akademik sebenarnya adalah satu fakta yang dipandang positif. Pada masa kini, dua orang Naib Canselor dua buah universiti terkemuka tanahair iaitu Datuk Rafiah Salim di Universiti Malaya (UM) dan Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah kaum wanita. Kejayaan Nur Amalina Che Bakri merangkul 17 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2004 telah mencetuskan satu lagi fenomena untuk lebih ramai pelajar termasuk lelaki mengumpul sebanyak A yang boleh dicapai. Pendeknya, pencapaian cemerlang wanita telah terbukti sementelah baru-baru ini, 64.5 peratus kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2008/2009didominasi oleh golongan hawa ini.

Apa yang menjadi persoalan ialah kecerdikan wanita ini seringkali dipandang negatif iaitu mereka dianggap bakal mengambil-alih bidang tugas sekaligus menguasai peranan dan tanggungjawab apabila terjun dalam bidang pekerjaan yang lazimnya didominasi kaum Adam. Masyarakat yang terbius dengan pemikiran sekuler-kapitalis beranggapan begini kerana beranggapan menuntut ilmu hanya untuk meraih manfaat dunia semata-mata sedangkan menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap Muslim lelaki dan wanita. Penerapan Islam kaffah telah melahirkan wanita-wanita hebat yang banyak menyumbang demi untuk Islam. Saidatina A'isyah, seorang wanita yang duduk di sisi Rasulullah bukan hanya sebagai isteri tetapi turut peranan salah seorang Ummul Muminin radiallahuanha yang menjadi pakar rujuk kepada para sahabat yang mana Rasulullah bersabda: Ambillah setengah pengetahuan agama kalian dari al-Humaira.

Alhamdulillah, Fikratul Ummah kali ini akan menyinggung isu yang lahir dari salah-faham natijah kecerdikan wanita yang dianggap bertentangan dengan stigma wanita kurang akal dan banyak nafsu sebagaimana yang difahami banyak pihak. Selain itu, apa yang perlu difahami hasil dari hadis Nabi yang menyebut wanita sebagai kurang agama iaitu sewaktu mereka dalam keadaan haid bukanlah bermakna ianya satu faktor untuk mendiskredit keupayaaan mereka.Hakikatnya, sungguhpun dalam keadaan haid, wanita yang menjalankan tugas dan kewajipannya sesuai dengan hukum syarak tetap beroleh pahala. Fakta ini juga menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap pahala hanya diraih hasil amalan ibadah khusus semata-mata.

Disamping dua artikel tentang kecemerlangan wanita dalam bidang akademik serta penjelasan tentang tanggapan negatif berkenaan kurangnya akal wanita dan banyaknya nafsu mereka, Fikratul Ummah juga akan memaparkan satu artikel tentang Palestin, bumi anbiya' yang pernah dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayubi dari tangan Tentera Salib iaitu 60 Tahun Mimpi Ngeri Palestin. Harapan kami agar artikel ini akan membuka minda dan pemikiran kita keluar dari kepompong assobiyyah dan wathaniyyah yang mana virus kejamnya berjaya memisahkan kesatuan umat Islam dan melalaikan mereka dari memikirkan masalah akar yang menjadi dalang penyelesaian total untuk
masalah ini.

Waallahu 'alam bissawab.

==============================================================================




Di Malaysia, akhir bulan Jun dan awal bulan Julai adalah musim di mana pelajar baru mendaftar untuk memasuki sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau swasta. Jika di perhatikan pada waktu inilah ibu bapa juga sibuk menyiapkan barang-barang keperluan asrama untuk anak-anak mereka yang bakal menjadi graduan apabila selesai belajar nanti. Harapan yang tinggi disandarkan pada anak-anak agar suatu hari nanti anak-anak mereka akan mendapat pekerjaan yang baik dan mereka dapat menumpang senang. Para pelajar pula cuba belajar bersungguh-sungguh dengan harapan setelah tamat pengajian mereka akan mendapat kerja yang dapat menjamin kesenangan hidup mereka. Ini adalah fenomena biasa setiap tahun yang dialami oleh rakyat Malaysia. Tetapi yang menjadi isu yang ingin dikupas disini adalah bilangan pelajar wanita yang setiap tahun mengatasi bilangan pelajar yang mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Saban tahun juga isu ini akan terpampang di dada-dada akhbar dan kadangkala menjadi tajuk perbahasan di Parlimen. Maka timbullah persoalan-persoalan kenapa pelajar lelaki semakin pupus di IPT, ke mana menghilangnya pelajar lelaki dan ada yang dengan sinis menjawab bahawa semua pelajar lelaki bertumpu ke Pusat Serenti.

Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Fenomena ini meresahkan banyak pihak termasuk pakar dalam dasar kepimpinan iaitu Prof Madya Dr Azahari Ismail. Menurut beliau, fenomena kepupusan itu akan memberi implikasi besar kepada agama, sosio-ekonomi dan psikologi masyarakat, khususnya institusi keluarga, kerana lazimnya lelaki adalah ketua keluarga. Selain itu kejayaan seseorang itu bergantung kepada pendidikan dan jikalau bapa itu tiada pendidikan bermakna institusi keluarga akan hancur. [BERNAMA, 24/06/08]. Berlainan pula pendapat pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nazarudin Zainun yang berpendapat bahawa sejauh mana penguasaan pelajar wanita di IPT mengancam sosio dan budaya masyarakat seperti yang digembar-gemburkan ketika ini bergantung kepada persepsi orang yang menilai. Beliau bagaimanapun secara peribadi berpendapat, tidak ada salahnya negara mempunyai lebih ramai kaum wanita yang berpelajaran tinggi kerana fitrahnya, golongan inilah juga yang akan melahirkan dan membesarkan generasi masa depan yang juga berpendidikan. [UM 18/06/08].

Meningkatnya bilangan pelajar wanita di IPT ketika ini seperti yang dipersetujui banyak pihak turut berpunca daripada konsep pendidikan terutamanya di peringkat IPT seperti yang diamalkan di negara ini. Berorientasikan peperiksaan yang memerlukan ketekunan dan semangat mengulang kaji pelajaran yang tinggi, konsep pendidikan sebegitu perlu diakui memberi kelebihan kepada pelajar perempuan. Pelajar lelaki pula tidak ramai yang ulat buku, sebaliknya lebih selesa mengembangkan bakat dan kemahiran diri secara praktikal. Ini sekali gus menjelaskan mengapa golongan ini lebih ramai di kolej komuniti seperti di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Mara (IKM), biarpun sebenarnya berkelayakan melanjutkan pelajaran di IPT.

Sesungguhnya di dalam Islam, mencari ilmu itu amat dituntut dan menentukan taraf seseorang itu disisi Allah. Di dalam al-Quran al-Karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan keutamaan ilmu pengetahuan itu. Antaranya ialah:

“Allah telah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia jua, begitu pula para Malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan.”[TMQ Ali-Imran(3): 18]

Perhatikanlah pada ayat yang di atas itu, bagaimana Allah Subhanahu wa Taala telah memulakan penyaksian itu dengan diriNya sendiri, keduanya dengan para Malaikat dan sesudah itu dengan para ahli ilmu pengetahuan. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya keutamaan ilmu pengetahuan dan kelebihannya.

Allah berfirman pula:

“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
[TMQ Al-Mujadalah(58): 11]

“Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan.” [TMQ Az-Zumar(39): 9]

Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Salam :

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah Subhanahu Wa Taala akan melorongkan baginya jalan ke syurga.”[HR:Muslim]

“........dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik daripada solat seribu rakaat. ”[HR:Ibnu Majah]


“Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang Muslim ”[HR:Ibnu Majah]


Sesungguhnya kefardhuan menuntut ilmu itu sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Tetapi adakah itu yang menjadi keutamaan dalam mencari ilmu sekarang? Cuba kita tanyakan kepada pelajar-pelajar di IPT mengapa mereka belajar. Kebanyakkan daripada mereka belajar adalah untuk mendapatkan kerja yang baik, bukannya kerana kewajipan menuntut ilmu itu. Dalam minda masyarakat sekarang ialah ‘kamu mesti belajar untuk mendapatkan kerja yang dapat menjadikan kamu hidup senang lenang’. Persepsi ini wajib dibuang dari minda masyarakat sekarang. Sepatutnya peluang pekerjaan itu disediakan oleh negara supaya keperluan asas rakyatnya terpelihara. Oleh itu tidak timbullah isu sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar, kerana ianya telah dijamin oleh negara (pemerintah). Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda yang bermaksud: “Imam (pemimpim) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya yakni rakyatnya” [HR Bukhari]

Dalam hadith lain riwayat Imam Bukhari disebutkan bahawa ada seseorang yang mencari Rasullullah dengan harapan Rasulullah akan memberi penyelesaian akan masalah yang dihadapinya. Dia adalah seorang pengganggur yang tidak mempunyai sumber pendapatan dan tidak mampu memenuhi keperluan utamanya. Kemudian Rasulullah memanggilnya. Baginda menggenggam sebilah kapak dan sepotong kayu yang diambil sendiri oleh baginda. Kemudian baginda menyerahkan kepada orang tersebut. Baginda perintahkan kepadanya agar ia pergi ke suatu tempat yang telah baginda tentukan agar dia bekerja di sana dan kembali untuk memberitahu tentang keadaanya. Setelah beberapa waktu, orang itu mendatangi Rasulullah sambil mengucapkan rasa terima kasih kepada baginda atas bantuannya. Dia lalu menceritakan tentang kesenangan yang kini dikecapinya.

Satu ketika, Amirul Mukminin, Umar al-Khattab memasuki masjid di luar waktu sembahyang. Didapati ada dua orang yang sedang berdoa kepada Allah Subhanahu wa Taala. Umar Radhiallahu Anhu lalu bertanya: “Apa yang sedang kalian lakukan, sedangkan orang di sana kini sedang sibuk bekerja?”

Mereka menjawab: “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bertawakal kepada Allah.”

(Mendengar jawapan itu), maka marahlah Umar Radhiallahu Anhu sambil berkata: “Kalian adalah orang-orang yang malas bekerja, padahal kalian tahu bahawa langit tidak akan menurunkan hujan emas dan perak.”

Kemudian Umar Radhiallahu Anhu mengusir mereka dari masjid setelah memberi mereka sebakul biji benih. Beliau mengatakan kepada mereka: “Tanamlah dan bertawakallah kepada Allah.”

Dari sini Imam al-Ghazali menyatakan bahawa wajib atas pemerintah memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada orang yang mencari kerja. Menyediakan kerja adalah kewajipan negara dan merupakan sebahagian dari tanggungjawabnya terhadap pemeliharaan dan pengaturan urusan umat. Itulah kewajiban yang telah ditetapkan oleh syara’ dan telah diterapkan oleh para pemimpin Daulah Islamiyyah terutama di masa kejayaan dan kecemerlangan penerapan Islam dalam kehidupan.

Kewajipan menuntut ilmu itu bukanlah hanya terhad kepada ilmu-ilmu akhirat sahaja. Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang bermanfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubung-kait dengan kehidupan di dunia agar setiap muslim tidak ketinggalan dan dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat memberi kemajuan kepada penghuni dunia dalam batas-batas yang dibenarkan syarak sebagaimana hadis Nabi: “Barangsiapa yang menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah dia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan bahagia) di akhirat, wajiblah dia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah dia memiliki ilmu kedua-duanya pula” [HR Bukhari dan Muslim].


Ilmu-ilmu dunia yang dimaksudkan itu termasuk ilmu-ilmu praktikal atau amali yang kebanyakkan dipelajari oleh kaum lelaki. Ini bukan bermakna wanita itu tidak diberi peluang untuk menceburi bidang yang sama dengan lelaki, tetapi pekerjaan bagi wanita hendaklah sesuai dengan fitrah wanita itu dan tidak ada hukum syarak yang dilanggar semasa menjalankan tugasnya. Isu gender ini seringkali menjadi perdebatan bagi mereka yang tidak memahami dengan jelas kenapa wanita ini berbeza dengan lelaki dari segi zahir dan batin. Sebagai contoh adakah wanita sesuai menjadi tentera, jurutera pelantar minyak serta kerja-kerja yang melibatkan penggunaan fizikal. Secara logik akal, memang terdapat wanita yang mempunyai kekuatan fizikal seperti lelaki. Tetapi adakah wanita dibenarkan bercampur bebas dengan golongan lelaki dalam suatu tempat dan adakah aurat wanita itu dapat dijaga jika dia melakukan aktiviti fizikal yang lasak? Selain itu, isu penting yang mesti difahami oleh semua umat Islam ialah kaum wanita, walau setinggi mana pun ilmu yang berjaya diraihnya, wanita tidak wajib bekerja selagi ada suami dan wali yang mampu menanggungnya. Ini berbeza dengan lelaki yang dibebankan tanggungjawab menyara keluarga.

“Kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf.” [TMQ Al-Baqarah [2]: 233].

Sebenarnya Islam memandang kedudukan lelaki dan wanita adalah sama, sekalipun dalam keadaan tertentu mereka diperlakukan berbeza. Mereka (lelaki dan wanita) adalah sama dilihat dari sudut insaniahnya kerana masing-masing memiliki akal, naluri-naluri (ghara’iz) dan keperluan jasmani (hajat al-udhuwiyyah). Akan tetapi mereka berbeza dilihat daripada jenisnya dengan pengkhususan masing-masing yang memang menyebabkan keduanya diberi aturan-aturan yang berbeza. Apalagi dalam Islam kemuliaan tidak dilihat dari jenis jantina, atau kedudukan, tetapi dilihat dari ketakwaannya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” [TMQ:Al-Hujurat (49):13].

Oleh yang demikian kepupusan pelajar lelaki di IPT adalah bukan satu isu besar yang mengancam kedudukan sosio budaya masyarakat di Malaysia. Malah ia timbul akibat dari pelbagai faktor yang saling berkait antara satu sama lain. Apa yang utama adalah tugas negara untuk memastikan bahawa semua rakyatnya mendapat pendidikan yang sempurna tidak kira sama ada mereka itu tua atau muda, lelaki ataupun wanita. Pendidikan itu pula bukanlah satu alasan untuk menimbulkan kebimbangan bahawa kaum wanita akan mengambil bidang pekerjaan yang secara lazimnya dimonopoli kaum Adam, sebaliknya pendidikan itu adalah untuk melahirkan manusia berilmu yang bukan sahaja untuk mengejar kesenangan dunia tetapi keredhaan Allah di akhirat.

Walaubagaimanapun, untuk memastikan bahawa rakyatnya berpendidikan, antara faktornya ialah kewujudan pemerintah yang menjalankan sistem pemerintahan Islam iaitu sistem khilafah. Sistem khilafah ini jika dilaksanakan sudah pasti akan memberi pendidikan kepada semua gender tanpa mengira bangsa dan agama. Sudah pasti, semua ini akan hanya dinikmati di dalam sebuah Negara Islam yang hakiki.

Kejahilan Yang Membawa Padah..Salah Siapa?




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Perasaan pilu menyelubungi kalbu tatkala membaca kisah wanita-wanita yang terperosok di penjara-penjara di luar negara akibat kesalahan mengedar dadah. Terpengaruh dengan janji pekerjaan dan tugas sebagai pembawa barang dengan gaji lumayan adalah antara puncanya. Kenaikan kos sara hidup, tekanan untuk hidup mewah menjadi pendorong utama. Jika Raja Munirah yang tampil dengan perwatakan seksi dan ‘vogue’ dianggap layak menerima hukuman yang dikenakan akan tetapi perwatakan naif Umi Azlim mengundang simpati masyarakat.

Badan Perhubungan PAS Kelantan telah bersetuju membantu ibu-bapa Umi Azlim menguruskan tambang pergi dan balik kepada pasangan tersebut untuk berlepas ke Republik China. Laporan Utusan Malaysia bertarikh 27 hb Disember 2007 mengatakan bahawa keluarga Umi Azlim Mohamad Lazim memerlukan sekurang-kurangnya RM300,000 bagi mengendalikan proses rayuan terhadap hukuman mati yang dijatuhkan terhadap gadis itu menggunakan khidmat sekumpulan peguam berkaliber di China. Menurut Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Menteri Besar iaitu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yakin mangsa (Umi Azlim) dianiaya atau difitnah, beliau sendiri akan melancarkan dana tersebut. Alangkah bagusnya jika dana sebesar itu yang dikumpul untuk membantu banduan akhir dengan no. 221 itu digunakan untuk membantu rakyat negeri Serambi Mekah yang berada dalam kategori miskin tegar!

Itu adalah antara banyak penyelesaian jangka-pendek yang diambil oleh sebahagian masyarakat untuk menyelesaikan masalah di atas yang hanya memerhatikan tindakan ke atas tanda atau gejala masalah. Fikratul Ummah edisi Jun 2008 ini akan mengemukakan dua artikel yang membincangkan masalah di atas secara mendalam termasuk perincian masalah akad pekerjaan yang kurang difahami oleh ramai umat Islam.

Semoga dengan memahami realiti masalah dan penyelesaian menurut hukum syarak akan dapat membangkitkan kesedaran dalam diri kita betapa hinanya umat Islam apabila sistem kufur bermaharajalela serta peri-pentingnya untuk keluar dari sistem yang terbit dari ideologi Kufur-Barat. Justeru, kewujudan Daulah Islamiyyah yang bakal melaksanakan seluruh hukum-hakam secara keseluruhan bukan sahaja menyelesaikan masalah yang terkait dengan sistem ekonomi, tetapi pelaksanaan sistem pendidikan Islam bakal melahirkan wanita-wanita Muslimah yang menjadikan taqwa sebagai sandaran perbuatannya dalam kehidupan sehari-hari dan bukan hanya dorongan dan kemewahan serta nikmat duniawi semata-mata.

Walallahu ‘alam bisshawab.

============================================================================




Persoalan mengenai wanita yang menjadi mangsa sindiket penyeludupan dadah menjadi satu isu hangat mutakhir ini. Pelbagai ulasan, komen, cadangan, pendapat dan tak kurang juga cemuhan dipaparkan rentetan dari fenomena tersebut. Tidak dapat dinafikan perasaan marah, kesal, simpati dan seumpamanya pasti bermain-main di minda setiap orang yang mengikuti kisah malang wanita yang diperalatkan oleh sindiket tersebut. Perasaan ini bercampur aduk, berkecamuk, mencari-cari apa puncanya, tidakkah ada penyelesaian atau jalan keluarnya, kenapa, angkara siapa, salah siapa?? Justeru banyak yang menulis mengenainya, menganalisa kejadiannya, menjejaki modus operandinya dan bermacam lagi. Namun, kes seumpamanya tak kunjung reda, seolah-olah tiada apa-apa perubahan dari keadaan sebelumnya. Yang pasti, ia tetap dan masih menghantui fikiran kita semua.

Antara yang hangat diperkatakan, Umi Azlim yang dijatuhkan hukuman mati di Mahkamah di China, Raja Munirah Raja Iskandar yang dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun di Jepun, dan yang terbaru Irene Manggi yang ditahan bersama bungkusan berisi dadah di Brazil. Lebih membimbangkan kita semua, RTM yang bersiaran pada 10/5/2008 mendedahkan bahawa lebih 200 wanita menjadi mangsa pengedaran dadah pada tahun 2007. Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, kementeriannya telah mengambil langkah drastik memulakan sesi kaunseling kepada ibu bapa untuk memberi kesedaran kepada gejala dan provokasi yang akan menjerumus anak-anak mereka kepada perbuatan jenayah.

Seorang penulis blog, saudari Nurhanum dari Universiti Putra Malaysia sna_nurh07@yahoo.com.my menganalisa faktor kepada masalah ini dan beliau berpendapat antara lain puncanya adalah kegawatan ekonomi dan kadar inflasi yang meningkat merupakan sebab utama di samping faktor kegoyahan institusi keluarga, menyebabkan golongan Hawa menjadi seorang pengedar. Pesanan beliau adalah menghindar lebih baik daripada mencegah, dan mencegah lebih baik daripada merawat.

Sementara itu, Pendedahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengatakan antara punca yang menyebabkan pelajar tempatan terjebak dengan jerat sindiket berkenaan ialah bersembang dalam internet, berkawan rapat dengan rakyat asing, terpikat dengan janji pekerjaan, hubungan intim dengan warga asing, terpengaruh dengan janji kemewahan, melancong ke luar negara, kurang pendedahan kepada media massa dan tidak peka dengan undang-undang berkaitan dadah. Ekoran dari situasi yang sedang meruncing ini pelbagai saranan diberikan kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam menangani masalah ini. Antaranya termasuklah:

1. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan sentiasa mengingatkan anak supaya tidak mudah terjebak.

2. Individu yang terbabit perlu lebih berhati-hati jangan terlalu cepat gelap mata dan mudah sangat diperdaya.

3. Mengambil endah bahawa setiap negara mempunyai undang-undang sendiri yang perlu dihormati kedaulatannya. Saranan ini penting kerana apabila gadis dan wanita tempatan ditangkap di luar negara atas kesalahan dadah, pihak berkuasa negara ini tidak boleh sesuka hati mencampuri urusan undang-undang negara berkenaan kerana mereka mempunyai kedaulatan sendiri.

4. Sentiasa berwaspada agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran melancong ke luar negara secara percuma, selain tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan.

5. Kepada pengguna internet pula, lebih baik mengambil sikap prejudis dan kaji dengan mendalam sesuatu tawaran yang diterima. Jangan tamak dan mahu cepat kaya dengan cara mudah. Juga jangan mudah percaya pada orang asing hingga sanggup menyerahkan segala-galanya demi cinta, selain mahu menikmati kemewahan dengan mudah.

6. Akhir sekali, disarankan juga agar setiap individu sayang akan diri sendiri dan jangan biarkan diri diperalatkan.

Sememangnya amat wajar sekali saranan di atas diberikan dan diambil perhatian oleh setiap pihak dan individu. Namun apa yang cuba diketengahkan kepada para pembaca dalam edisi Fikratul Ummah kali ini ialah kefahaman secara menyeluruh tentang punca sebenar kepada permasalahan tersebut dan mencadangkan penyelesaian yang bukan bersifat furu’ (cabang) malah penyelesaian menyeluruh yang boleh dianggap sebagai ‘once and for all’. Dengan kata lain masalah ini merupakan salah satu dari cabang masalah umat, sama seperti masalah-masalah lain yang dihadapi oleh umat masa kini seperti kes kehilangan anak-anak di dalam jagaan ibubapa, kes wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket pelacuran, kes wanita ditipu oleh peraduan gores & menang dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi oleh umat yang tak tersenaraikan di sini.

Jika sesuatu masalah itu dilihat secara terpencil (isolated) dan langkah-langkah penyelesaian yang diambil hanya tertumpu kepada masalah itu sahaja, maka inilah yang dimaksudkan dengan penyelesaian furu’ atau cabang itu tadi. Jika kita boleh bayangkan keadaan sebatang pokok bunga yang hidup segan mati tak mahu. Pandangan zahir yang terlihatkan oleh kita adalah keadaan daunnya semakin layu, kekuningan dan tidak segar. Pemiliknya tidak akan merawat daun pokok tersebut tetapi dia akan membeli baja, menambah baja kepada pokok bunga tersebut, tanahnya digemburkan, akarnya disiram setiap hari dan seumpamanya. Inilah gambaran yang boleh diberikan kepada masalah yang sedang dihadapi oleh umat masa kini. Masalah yang pelbagai itu tadi adalah daun-daun dari pokok bunga tersebut. Masalah tidak akan selesai sekiranya hanya daun yang layu itu sahaja yang diberikan penjagaan, melainkan pokok tersebut dirawat secara keseluruhannya iaitu dari akarnya.

Berbalik kepada persoalan penyelesaian secara menyeluruh, penting untuk kita semua sebagai seorang yang mengaku Islam dan mengucap dua kalimah syahadah untuk kembali kepada penyelesaian yang diberikan oleh Islam sebagai sebuah agama yang sempurna. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu”.

Rasulullah Salallahu Alahi Wa Sallam bersabda: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.” [Hadis riwayat Imam Malik, 1395, bersumber dari Umar bin Khaththab radiallahu anhu]

Bagaimana yang dimaksudkan dengan kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah? Para pembaca yang dimuliakan, tanyalah dengan diri kita sendiri, berapa kerapkah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan Sunnah dalam tindakan kita sehari-hari? Berapa kerapkah kita mengingatkan diri kita sendiri tentang halal haramnya aktiviti yang kita lakukan saban hari? Mungkin kita semua terlupa untuk mengingatkan diri sendiri. Kenapa terlupa? Tidak lain jawapannya kerana kita sibuk mengejar dunia. Siapa yang menyibukkan kita dengan dunia? Tidak lain jawapannya adalah sistem yang diperkenalkan oleh musuh Islam yang menjadi amalan umat Islam seluruh dunia iaitu sistem Kapitalis. Sistem inilah yang telah berideologi dan berakar umbi dalam diri umat Islam, sehingga umat Islam sendiri lupa bahawa sistem Islam adalah jauh lebih mulia dan jauh lebih baik dari Sistem Kapitalis yang sarat dengan kepincangan dan kecacatannya.

Sekularisme-Kapitalisme seperti api dalam sekam telah memakan jiwa-jiwa umat Islam sehingga jauh dibawa arus dunia. Contohnya, sistem perundangan di negara yang diamalkan di kebanyakan negara di dunia adalah sistem undang-undang sivil yang sesetengah penulis menamakannya sebagai sistem undang-undang sekular. Dalam kes Raja Munirah Raja Iskandar yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh sebuah mahkamah di Jepun, dilaporkan bahawa peguam yang membela beliau telah menasihatkan beliau untuk mengaku bersalah kerana sekiranya mengaku bersalah, hukuman yang dikenakan lebih ringan. Nasihat seperti ini adalah prosedur biasa bagi seorang peguam. Cuma harus diingat bahawa tidak semua kesalahan memperuntukkan hukuman yang lebih ringan sekiranya pengakuan bersalah dibuat oleh tertuduh, lebih-lebih lagi kes yang melibatkan dadah. Malang sekali di sini walaupun pengakuan bersalah dibuat oleh tertuduh, hukumannya bukanlah enam bulan sebagaimana diberitahu oleh peguam sebaliknya mahkamah menjatuhkan hukuman tujuh tahun. Bukan isu prosedur yang cuba diketengahkan di sini tetapi isu yang lebih penting dari itu iaitu apabila mana manusia tidak berhukum dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah, maka manusia itu sendiri akan mengalami kehancuran. “Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taaha (20) :124] Sistem undang-undang sivil mengguna pakai maksim yang menyebut bahawa seseorang yang ditangkap (dituduh) atas satu kesalahan dikira bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya. Perkara ini berlawanan dengan Islam, di mana di dalam Islam seseorang yang ditangkap (dituduh) atas satu-satu kesalahan akan dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya sebagaimana kaedah fiqqiyyah:. Asal (dalam tuduhan jenayah) adalah tiada bersalah (kecuali selepas dibuktikan).” [Asbah wa an-Nazair, Imam Jalaluddin as-Sayuti, hlm 74]

Mungkin ramai yang keliru dan tertanya-tanya kenapa tertuduh perlu mengaku bersalah walhal dia tidak bersalah. Salah satu faktor yang menyebabkan pengakuan bersalah dibuat adalah mengharapkan hukuman yang lebih ringan manakala faktor lain adalah menjimatkan masa dan kos. Namun itu semua ukuran dari sudut pandangan sistem undang-undang sekular yang jauh berbeza dari sudut pandangan sistem perundangan Islam. Rasulullah Sallallahu Alahi Wa Sallam menyarankan para hakim supaya berlaku adil dalam menghakimi pertelingkahan, dan berhukum dengan kitabullah dan as-sunnah. “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah” [TMQ Maidah (5):49]. Persoalannya bukanlah di negara mana tertuduh itu dibicarakan, baik di Jepun atau di Malaysia, hatta di mana-mana negara sekalipun, jika sistem sekular yang diguna pakai, keadaannya akan tetap sama. Ini hanyalah satu dari contoh kepincangan yang berlaku dalam sistem yang diguna pakai oleh seluruh dunia pada masa ini. Banyak lagi kepincangan lain yang berpunca dari kegagalan ideologi Kapitalis jika kita rungkaikan satu persatu.

Ideologi Sekuler-Kapitalis juga memperkenalkan satu lagi istilah yang tak kurang menariknya iaitu ‘globalisasi’. Arus yang dibawa oleh globalisasi terlalu deras dan tidak mampu dikekang. Disebabkan globalisasi trend kehidupan manusia berubah, konon mengejar kemajuan, walhal segala pegangan agama seolah tidak dipeduli langsung akibat dari mengejar kemajuan tersebut. Kos sara hidup meningkat, sekaligus memaksa wanita meninggalkan tugas hakiki mereka sebagai pengurus rumahtangga untuk sama-sama bekerja bagi mengukuhkan ekonomi keluarga. Tidak dapat dinafikan bahawa jumhur ulama’ berpendapat hukum bagi wanita bekerja adalah mubah (harus) atas izin suami atau walinya selagi tidak melakukan keharaman berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nisa’ayat 34 yang bermaksud : “Bahawa setiap usaha yang dilakukan oleh seseorang sama ada lelaki atau wanita berhak mendapat bahagian daripada apa yang diusahakan...” Akan tetapi, sistem ekonomi Kapitalis yang melingkari kehidupan kita menyebabkan bekerja menjadi satu kewajipan kepada wanita untuk lari dari kemiskinan dan tekanan kos sara hidup kerana hukum-hakam yang berkaitan dengan jaminan pemenuhan keperluan primer tidak terlaksana.

Penyelesaian Menurut Syarak

Islam telah menetapkan keperluan pokok manusia terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, jaminan pemenuhan keperluan pokok bagi setiap individu tidak bererti negara akan membahagi-bahagikan makanan, pakaian, dan perumahan kepada sesiapa sahaja sehingga menjadikan rakyatnya malas, sebaliknya, ia dilakukan dengan mengwujudkan mekanisma-mekanisma yang dapat menangani masalah kemiskinan. Mekanisma tersebut adalah:

a. Mewajibkan Lelaki Memberi Nafkah Kepada Diri dan Keluarganya.
Islam mewajibkan laki-laki yang mampu dan memerlukan nafkah untuk bekerja dalam rangka memenuhi keperluannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: ”Kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf.”
[TMQ Al-Baqarah (2): 233].

b. Mewajibkan saudara terdekat untuk membantu saudaranya
Realiti menunjukkan bahawa tidak semua lelaki berkemampuan untuk bekerja mencari nafkah. Ada dikalangan mereka yang cacat mental atau fizikal, sakit, lanjut usia dan lain-lain penyebab ketidakmampuannya untuk bekerja. Dalam situasi sebegini, pemenuhan nafkahnya adalah menjadi tanggungjawab kerabat terdekat yang memiliki hubungan darah untuk membantu mereka.

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman yang bermaksud:
“…Dan kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya. Dan warispun berkewajipan sedemikian…” [TMQ Al-Baqarah (2): 233].

Jika seseorang secara peribadi tidak mampu memenuhi keperluannya maka kewajiban memenuhi nafkah beralih ke kerabat terdekatnya sekiranya terdapat kelebihan harta.

“Sebaik-baik sedekah adalah harta yang berasal dari selebihnya keperluan.” [HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah].

c. Mewajibkan Negara untuk Membantu Rakyat Miskin
Jika seseorang yang miskin tidak memiliki saudara yang boleh membantunya, kewajiban memberi nafkah beralih ke Baitul Mal (kewangan negara). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda: “Siapa saja yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan ‘kalla’ (sebatang kara iaitu orang yang lemah, tidak mempunyai anak dan ibu-bapa), maka dia menjadi kewajiban kami.” [HR. Imam Muslim].

d. Mewajibkan Kaum Muslim untuk Membantu Rakyat Miskin
Apabila di dalam Baitul Mal tidak ada harta sama sekali, maka kewajiban menafkahi orang miskin beralih ke kaum Muslim secara kolektif. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: “Di dalam harta mereka, terdapat hak bagi orang miskin yang meminta-minta yang tidak mendapatkan bahagian.” [TMQ Adz-Dzariyat (51): 19].

Selain dari hukum-hakam yang dinyatakan di atas, sistem pendidikan yang mementingkan pemantapan akidah akan dapat membendung gejala tamakkan harta hingga terjerumus dalam pekerjaan yang haram.

Khatimah

Sesungguhnya masalah di atas akan selesai apabila Islam terlaksana secara kaffah (keseluruhan) dengan berdirinya sebuah Negara (Daulah Islamiyyah). Sekadar mengubati tanda atau gejala masalah, tidak akan menyelesaikan masalah apatah lagi jika tidak merujuk kepada sumber wahyu. “Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” [TMQ Al-An’am (6) : 38). Memahami realiti dan mencari jalan keluar menurut hukum syarak tidak hanya memberi ketenangan kepada kita, malah pematuhan kepada hukum syarak itu sendiri dalam seluruh aspek kehidupan adalah jalan menggapai redha-Nya.

Wallahu ‘alam bis ash-shawab

Wanita, Jangan Mudah Terpedaya




Pada awal tahun 2007, kita dikejutkan dengan kes penahanan rakyat Malaysia di China kerana kes dadah. Umi Azlim Mohamad Lazim berusia 24 tahun yang berasal dari Kelantan telah ditahan atas tuduhan membawa masuk heroin ke Republik Rakyat China seberat hampir 3 kg. Beliau telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Guangzou dan sekarang sedang menanti detik kematiannya sementara menunggu tempoh dua tahun untuk rayuan.[(www.bernama.com.my) 03/12/08] Insiden ini disusuli dengan kejadian yang sama iaitu Raja Munirah Raja Iskandar yang ditangkap di Jepun dan Wan Lidiawati Abdul Majid di Trinidad dan Tobago. Selain itu, dua wanita lagi di tangkap di Malta iaitu Norfaizura Md Lias, 28, dari Pulau Pangkor Perak dan Dayang Sakienah
Mat Lazim, 20, dari Bukit Payong Terengganu. Mereka mendakwa di bawa ke Madrid sebelum dipaksa menyeludup dadah ke Malta. Manakala pada 30hb Mei 2008 baru-baru, ini kita dikejutkan sekali lagi dengan insiden yang sama tapi ianya melibatkan seorang OKU (Orang Kurang Upaya), Siti Aisyah Hamid, 43 tahun yang berasal dari Kampung Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Dia di tahan kerana di dakwa membawa dadah dari Pakistan ke Malaysia. Siti Aishah yang menghidap penyakit tulang rapuh, SLE merupakan OKU kedua menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa, dengan seorang lagi kini meringkuk di sebuah penjara di Peru.[UM 31/05/08].
Jika diperhatikan dengan teliti kes-kes di atas hampir kesemuanya telah menyatakan bahawa mereka ditipu dan tidak mengetahui apakah barang sebenar yang dibawa. Walaupun telah diberitahu bahawa barangan yang dibawa adalah alat pengurut kaki, seperti yang berlaku kepada Umi Azlim, tetapi yang dibawa sebenarnya adalah dadah. Sehingga kini, 96 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita dan pelajar, ditahan di luar negara kerana kes dadah, sebahagiannya di Venezuela, Peru, Argentina dan China. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun, sesetengah mangsa menyedari tugas yang bakal diberikan kepada mereka, tetapi rela kerana ditawarkan upah lumayan dan sesetengah yang lain benar-benar terpedaya. [UM 24/05/08]. Begitu juga yang berlaku kepada Irine Manggi, 20-an, berasal dari Kuching, Sarawak yang di tangkap oleh pihak Polis Sao Paolo kerana di dakwa mengedar kokain. Menurut kakak mangsa adiknya diperdaya seorang rakan yang menawarkan pekerjaan sebagai pemandu pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007). [BH 07/12/07]

Berdasarkan fakta di atas dapat dilihat bahawa kebanyakan daripada kita tidak mengetahui bahawa dalam mencari dan menawarkan pekerjaan, terdapat syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh Islam. Sebagai seorang Islam kita wajib prihatin dan meneliti bahawa segala apa yang kita buat di dalam dunia ini mempunyai peraturan yang telah di tetapkan oleh Allah Subahanahu Wa Taala. Kita tidak boleh mengabaikan walau satu pun yang telah termaktub dalam Al-Quran dan bukannya menghalalkan segala cara yang diharamkan walaupun dengan niat yang baik. Kita mesti jelas dengan tindak-tanduk kita supaya segala amalan kita nanti mendapat balasan dan yang penting mendapat redha Allah.

Dari segi pengambilan pekerja dan menerima tawaran kerja, Islam membolehkan seseorang itu untuk mengambil tenaga kerja para pekerja atau buruh agar mereka bekerja untuk orang tersebut. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

“Apakah mereka membahagi-bahagi rahmat tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka mempergunakan sebahagian yang lain” [TMQ Az-Zukhruf (43):32].

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah yang mengatakan: Nabi Salallahu Alayhi Wa Sallam bersabda:

“Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: `Tiga orang yang aku musuhi pada hari kiamat nanti, adalah orang yang telah memberikan kerana Aku lalu berkhianat; dan orang yang membeli barang pilihan, lalu ia makan kelebihan harganya; serta orang yang mengambil pekerja kemudian pekerja tersebut menunaikan transaksinya sedangkan upahnya tidak diberikan.’”

“Apabila mereka (wanita-wanita) menyusui (anak) kalian maka berikanlah kepada mereka upahnya-upahnya.” [TMQ At-Thalaq(65):6]

Ijarah adalah pemilikan tenaga dari seorang ajiir (orang yang diambil tenaganya iaitu pekerja) oleh musta’jir (orang yang menggaji/mengambil tenaga iaitu majikan), serta pemilikan harta dari pihak musta’jir oleh seorang ajiir. Ijarah merupakan transaksi terhadap tenaga tertentu dengan disertai bayaran. Ajiir adakalanya bekerja untuk seseorang dalam jangka waktu tertentu, contohnya bekerja di kilang, kebun, ladang ataupun bekerja di pejabat sebagai kerani, pegawai, pengurus serta budak pejabat. Begitu juga bekerja sebagai tukang jahit, tukang kayu, tukang masak dan seumpamanya. Ijarah adalah memanfaatkan tenaga sesuatu yang dikontrak.

Apabila transaksi tersebut berhubungan dengan seorang ajiir, maka yang dimanfaatkan adalah tenaga kerjanya. Sehingga untuk menggaji atau melantik seorang ajiir tadi mesti ditentukan bentuk kerjanya, waktu, upah serta tenaganya. Oleh kerana itu, jenis pekerjaannya mesti dijelaskan sehingga tidak kabur kerana transaksi ijarah yang masih kabur hukumnya adalah fasid (rosak). Waktunya juga mesti ditentukan, contohnya secara secara harian, bulanan atau tahunan. Di samping itu, upah kerjanya juga mesti ditentukan. Dari Ibnu Mas’ud berkata; Nabi Sallahllahu Alaihi Wa Sallam bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kalian, menggaji (tenaga) seorang ajiir, maka hendaknya diberitahu tentang upahnya”

Berkenaan dengan status pekerjaan, jika pekerjaan tersebut halal, maka hukum mengambil seseorang bekerja juga halal. Maka transaksi ijarah tersebut boleh dilakukan dalam perdagangan, pertanian, industri, perkhidmatan, perwakilan, menyampaikan jawapan dari salah satu pihak dalam urusan yang sama, sama ada sebagai pihak penuntut ataupun yang dituntut, termasuk melakukan penyelidikan, serta menyampaikan hasil penyelidikan kepada orang tertentu, menuntut hak, dan memberikan keputusan di antara manusia.

Syarat sah dan tidaknya transaksi ijarah tersebut adalah adanya tenaga yang dikontrak mestilah tenaga kerja yang mubah (harus). Tidak diperbolehkan mengambil pekerja seorang ajiir untuk memberikan tenaga kerja yang diharamkan sehingga tidak diperbolehkan mengambil seorang ajiir agar mengirim minuman keras kepada pembeli, serta mengambil untuk memerahnya atau untuk mengangkut babi. Imam At-Tirmidzi meriwayatkan dari Anas bin Malik yang mengatakan:

“Rasulullah melaknat dalam masalah khamar sepuluh orang iaitu: pemerahnya, orang yang menyuruh memerah, peminumnya, pembawanya, orang yang dibawakan, orang yang mengalirkannya, penjualnya, pemakan keuntungannya, pembelinya termasuk yang dibelikan.”

Berbalik kepada kes-kes di atas, kebanyakkan daripada mereka tidak jelas dengan skop pekerjaan (job scope) dan perincian kerja (job description) masing-masing. Semasa menerima tawaran pekerjaan tersebut seorang pekerja itu sepatutnya mengetahui selengkapnya apakah pekerjaan mereka kerana di dalam kontrak pekerjaan itu sendiri akan menyatakan apakah bentuk pekerjaan, jumlah gajinya, masa bekerja dan tempoh pekerjaan tersebut. Jika dia melakukan kerja yang bertentangan dengan bentuk pekerjaannya maka dia boleh menolak pekerjaan tersebut dan membatalkan kontrak pekerjaannya kerana apabila akad sesuatu kontrak pekerjaan itu kabur, tidak dinyatakan secara lengkap maka ianya adalah fasid (rosak) dan tidak sah. Jika kita menerima sesuatu pekerjaan itu, kita mesti memerhatikan had-had tugas kita dan berusaha memastikan kita tidak mudah goyah dengan tawaran gaji yang berlipat ganda. Jika dengan hanya membawa barang tertentu dan dihantar kepada sipenerima kita boleh mendapat gaji lebih dari gaji menteri, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan pekerjaan tersebut. Justeru kita mempunyai hak untuk melihat barang apa yang kita bawa kerana kita hanya perlu membawa barang yang telah dinyatakan dalam kontrak kerja kita sahaja.

Sesetengah kes seperti yang dilaporkan menyatakan bahawa mereka yang terlibat itu tahu barang yang dibawa adalah dadah yang telah jelas haram dari segi hukum Islam dan undang-undang. Walaupun dari segi akad ianya adalah jelas dan tidak fasid tetapi apabila barang yang dibawa itu adalah haram, maka secara automatik hukum akad itu adalah haram selaras dengan kaedah usul fiqh – al-wasilatu ilal haram, muharramah. Suatu perkara yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram. Sebagaimana yang diterangkan dalam hadith yang berkaitan dengan arak di atas, sama ada orang itu yang memproses dadah, membekal dadah, mengangkut dadah, membungkus dadah, menerima dadah, menghisap dadah, menerima upah daripada keuntungan jualan dadah ataupun membawa dadah untuk diberikan kepada pembeli, maka ianya jatuh dalam kategori haram. Akan tetapi, perlu diingat bahawasanya bukan hanya arak dan dadah sahaja yang diharamkan, malah akad ini juga melibatkan benda-benda lain yang diharamkan syara’ seperti babi, riba dan juga judi. Oleh yang demikian, jika pekerjaannya melibatkan perkara-perkara tersebut, maka secara automatiknya kontrak kerjanya adalah batal dan tidak sah. Maka gaji yang diperolehi itu adalah haram dan tidak sepatutnya mereka memberikan rezeki yang haram itu kepada anak-anak ataupun kepada ibu bapa mereka sendiri. Walaupun niat mereka untuk membantu keluarga adalah baik tetapi ianya tidak menghalalkan apa yang telah di haramkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir radhiallahu ‘anhuma katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya)”….. [Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim].

Oleh kerana itu, untuk memastikan semua ini tidak berulang, setiap umat Islam sama ada lelaki atau wanita hendaklah memahami dengan jelas hukum pekerjaan yang dilakukannya. Ini adalah kerana, tidak bermakna yang tertangkap itu sahaja yang melakukan dosa, tetapi yang masih selamat dan stabil sekarang ini hendaklah menyelidiki pekerjaan yang mereka lakukan seharian. Adakah sesuai dengan hukum syara’ atau sebaliknya? Suatu pekerjaan yang halal atau sah dari segi undang-undang ciptaan manusia itu tidak semestinya halal dari segi hukum syara’. Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, amat wajar bagi kita memahami realiti hidup kita hari ini yang sudah jauh dari Islam. Kita bukan sahaja dijauhkan dari Islam oleh pihak Kufar yang memang memusuhi Islam malah terdapat segelintir umat Islam itu sendiri yang menjauhkan Islam daripada penganutnya. Na’uzubillahi min zaalik.


Khatimah

Oleh yang demikian, sebagai seorang Muslimah yang patuh dengan hukum Allah, yang mengatakan dirinya sayang dengan Islam sewajarnya segala perlakuan seharian kita hendaklah bersandar kepada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Sebagai wanita yang tugasnya melahirkan umat Nabi Muhammad, hendaklah kita persiapkan diri kita dengan ilmu-ilmu akhirat yang sebenarnya bukan hanya boleh dipelajari ketika lanjut usia tetapi hendaklah dimulakan dari sekarang ketika minda masih mudah menangkap setiap lontaran kata-kata para ilmuan, ketika mata masih boleh menangkap setiap baris kata yang tercatat dalam buku dan juga kitab-kitab yang tersohor agar suatu masa nanti kita boleh melatih anak-anak kita membiasakan diri dengan persekitaran Islam. Kita bukan sahaja cuba mengejar ilmu-ilmu dunia dengan mendapatkan pangkat sarjana muda, sarjana, doktor dan juga profesor malah pada masa yang sama memastikan ilmu-ilmu Islam itu meresap dalam diri masing-masing dan dijadikan cara hidup selaras dengan matlamat hidup kita semua adalah untuk mendapatkan redha Allah semata-mata.

Wallahua’lam bis ash-shawab.