Showing posts with label Wanita Solehah. Show all posts
Showing posts with label Wanita Solehah. Show all posts

Saturday, May 9, 2009

Gadis Melayu Vs Gadis Muslimah






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Muslimah yang dirahmati Allah,

Kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestine masih belum berakhir. Buletin Utama TV3 pada 18hb Februari 2009 menyatakan bahawa Presiden Amerika ke-44 yang baru dilantik pada tanggal 20 Januari 2009 lepas nampaknya telah mula menunjukkan taring apabila menghantar lebih 3,000 anggota tentera negara Uncle Sam itu ke Afghanistan. Ketika ramai umat Islam merasakan bahawa dengan bantuan derma, doa serta solat hajat akan terbit sinar di penghujung terowong yang mana dengannya, penderitaan rakyat Palestine akan sirna dan benih-benih kebahagiaan akan menyinari negara kecil yang bersempadan dengan Mesir itu, sebahagian umat Islam telah mula lali dengan babak-babak duka yang menyelubungi rakyat di bumi anbiya itu. Krisis kewangan dan senario ekonomi dunia yang semakin merudum ini seakan membuai kebimbangan umat Islam kepada permasalahan 'survival' ekonomi mereka semata-mata, seolah-olah isu-isu lain seperti permasalahan yang melanda saudara seagama di belahan dunia yang lain tidak menjadi keutamaan untuk difikirkan dan dicari jalan penyelesaiannya. Kepada kaum wanita pula, sebahagian mereka lebih cenderung memikirkan isu-isu berkaitan kaum Hawa sahaja.

Alhamdulillah, Fikratul Ummah kali ini akan mengangkat dua isu iaitu artikel Gadis Melayu vs Muslimah Sejati dan Meraih Cinta Sejati. Artikel Gadis Melayu vs Muslimah Sejati ini diharapkan akan memberi pencerahan kepada Muslimah tentang program realiti pencarian Gadis Melayu yang dianjurkan oleh TV9. Manakala artikel berjodol Meraih Cinta Sejati ini merupakan satu peringatan kepada Muslimah tentang cinta yang merupakan suatu perasaan yang boleh mendorong seseorang untuk meraih pahala seandainya landasan perbuatannya adalah demi dan semata-mata kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Fikratul Ummah juga menyajikan bahagian kedua artikel terjemahan iaitu Propaganda yang Dilancarkan Oleh Kapitalisme Ke Atas Wanita Muslimah yang mana isikandungnya tertumpu kepada posisi wanita yang amat menyedihkan yang dipaparkan dalam banyak tamadun dunia seperti China, India, Jepun, Parsi, Turki dan sebagainya.

Wallahu a'lam bisshawab.

=============================================================================



“ Setiap negeri kami jelajahi,
Mencari Gadis Melayu Sejati
10 Finalis Berjaya ditemui
Siapakah bakal memikat dihati”

Begitulah bunyi serangkap pantun yang tertera di atas surat jemputan sebagai menandakan usaha stesen televisyen Dekat Di Hati, TV9 untuk mencari siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Gadis Melayu sejati. Hampir tiga bulan ujibakat Gadis Melayu dijalankan di seluruh pelusuk Malaysia seperti Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. Daripada keseluruhan 1000 peserta yang hadir, hanya 10 calon sahaja yang terpilih untuk menyertai sebuah lagi rancangan realiti terbaru terbitan TV9 ini. Menariknya, peserta yang hadir mendapat sokongan serta dorongan daripada ahli keluarga mereka.

Bagi memperkenalkan 10 gadis bertuah ini, satu majlis telah disusun rapi dalam suasana yang penuh adat istiadat kemelayuan, lengkap dengan pantun seloka hasil susun kata pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Ahmed Fedtri Yahya, menjadikan acara memperkenalkan 10 peserta akhir program realiti ini lebih bermakna dan ceria.Bukan sahaja dari segi atur cara majlis, malah lokasi yang dipilih iaitu di sebuah Banglo Mewah, Villamay yang berkonsepkan Bali dan adat pusaka Melayu ini turut membantu menyemarakkan lagi majlis ini.

Sebelum majlis bermula, hadirin dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian kanak-kanak dari kumpulan Tunas Budaya Kuala Lumpur dan diikuti dengan tayangan audio visual yang memaparkan aksi rombongan datang meminang yang dijayakan pelakon terkenal tanah air sebagai satu cara untuk memaklumkan bahawa mereka telah berjaya dipilih sebagai peserta diperingkat akhir rancangan ini. Banyak pihak mengakui bahawa sebaik sahaja melihat 10 peserta ini berbaris di hadapan tetamu, tidak dapat dinafikan dari segi fizikal masing-masing mempunyai kecantikan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, kecantikan bukanlah faktor utama untuk memenangi pertandingan ini. Apa yang penting adalah keterampilan diri mereka ketika berdepan dengan orang ramai, berjaya ketika diuji ilmu pengetahuan dan asas agama mereka.

Sebagai contoh, mereka diuji dari segi pengetahuan berzanji selain jati diri Melayu yang lain seperti bersilat. Walaupun mereka perlu melalui pelbagai ujian yang berkaitan kehidupan gadis Melayu, namun apa yang dicari ialah Gadis Melayu Kontemporari yang dapat disesuaikan dengan zaman ini, jelas Penerbit Eksekutif Pencarian Gadis Melayu, Ezzah Aziz Fawzy pada sidang media lepas.

Apabila ditanya, apakah bentuk cabaran yang perlu dilalui oleh gadis Melayu ini, Ezzah berkata mereka akan diberi tugasan seperti merancang ekonomi keluarga yang menjadi perkara asas dalam kehidupan berumah tangga serta mengendalikan acara yang dikehendaki pelanggan. “ Biasalah kerenah pelanggan ini bermacam-macam. Jadi dari situ kita boleh lihat sejauh mana kesabaran mereka dalam berdepan dengan pelbagai situasi yang tidak diduga,” ujar Ezzah lagi, sambil mengakui pihaknya memikul tanggung jawab yang besar apabila mengendalikan program realiti seperti ini yang amat berbeza formatnya berbanding program realiti yang lain. Ezzah berkata dengan dibantu mereka yang profesional, mereka akan berusaha memastikan juara rancangan ini mampu menjadi contoh yang baik kepada Gadis Melayu lain.
Setelah lebih tiga bulan melalui tugasan mencabar, gelaran Ikon Gadis Melayu nampaknya berpihak kepada Khairul Noormaidah Zali atau lebih mesra dengan panggilan Aida. Beliau telah berjaya memukau juri profesional dan penonton menerusi persembahan ‘dramatik’ yang dipamerkannya pada peringkat akhir program realiti terbitan TV9 itu di Auditorium MBSA yang lalu.

Peserta berusia 23 tahun itu berjaya mengalahkan empat lagi finalis lain. Apa yang pasti, kemenangannya pada malam itu menepati ramalan ramai setelah Aida mempamerkan persembahan yang menarik dengan bacaan puisi bertemakan kasih sayang kepada ibu bapa serta turut diselitkan elemen drama memaparkan balasan Tuhan terhadap anak derhaka. Beliau juga telah memukau penonton yang hadir apabila turut menyanyi ‘rap’ dalam Bahasa Arab dalam persembahannya itu bersama artis jemputan, Akhbar.

Aida juga cukup berkeyakinan ketika menjawab soalan oleh seorang juri profesional malam itu, iaitu Pakar Bahasa dan Karyawan Tamu di Akademik Pengajian Melayu, Universiti Melaya,Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim tentang tiga ciri utama yang diperlukan untuk melayakkan diri merangkul gelaran ikon Gadis Melayu.

Dengan kemenangan tersebut, Aida berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 serta produk-produk kecantikan dan kesihatan. Aida juga ditawarkan menjadi wartawan penyiaran di TV9 sebaik sahaja tamat menjalani latihan praktikal pengajiannya bulan April nanti.

Kini, Malaysia dapat berbangga kerana masih memiliki Gadis Melayu yang menepati ciri-ciri kemelayuan yang asli. Bak kata Hang Tuah “Tidak Melayu Hilang Di Dunia”. Walaupun dalam 1000, hanya seorang yang menepati ciri-ciri kemelayuan yang ideal yang masih mengamalkan adat Melayu walaupun berperwatakan moden, yang masih terserlah kecantikan asli walaupun di selaputi aksesori, yang mempunyai kemahiran dalam mengurusi ekonomi keluarga, berpersonaliti serta punya didikan agama.

Ikon Gadis Melayu ini akan menjadi ikutan bagi gadis Melayu yang kurang memiliki ciri-ciri Melayu asli agar tetap dapat mengamalkan adat-adat ketimuran dan meninggalkan jauh adat-adat kebaratan. Seperti kata Aida, “Adapun, saya sedar selepas ini saya perlu pikul tanggungjawab yang berat dengan gelaran seperti ini. Dengan kepercayaan yang telah diberikan saya harap, saya akan dapat menjadi insan yang lebih baik” katanya sejurus selepas berakhirnya program tersebut.

Apakah dengan berakhirnya program ini, dan setelah ditemui seorang Gadis Melayu Sejati, masyarakat Melayu akan berpuas hati dengan ciri-ciri kemelayuan yang diberikan? Apakah pencarian ini memberi impak kepada majoriti gadis Melayu sama ada yang punya ciri kemelayuan atau kurang? Adakah jika dia berbangsa Melayu tapi tidak mempunyai kecantikan, tidak mempunyai kepandaian, tidak mempunyai kepetahan berkata-kata, tidak berapa pandai dalam pergaulan, malu dalam memberi persembahan di khalayak ramai, tapi mempunyai pendidikan agama yang tinggi, adakah Gadis ini tidak lagi di anggap Gadis Melayu? Jadi gelaran apakah yang hendak diberikan kepada gadis ini? Sedangkan bangsa seseorang itu tidak pernah boleh diubah. Kalau Melayu, Melayulah dia, kalau Arab, Arablah dia.

Persoalan di sini, adakah Gadis Melayu ini menepati ciri-ciri wanita Muslimah yang digambarkan dalam Islam?

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukum-hakam-Nya ke atas makhluk yang dianggap kaum yang lemah ini. Walaupun berat pada pandangan mata sijahil dan sang ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dinikmati oleh wanita solehah.

Oleh sebab itu, sebagai anak, dia akan berusaha menjadi anak yang solehah. Sebagai remaja, dia akan menjadi remaja yang berhemah. Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu dia akan mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang supaya anak itu membesar menjadi insan yang soleh\solehah, dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 24 yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh, samada lelaki mahupun wanita sedang dia seorang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiya walau sedikit pun.”

Ciri-ciri Muslimah Sejati

Seorang Muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, akan tetapi Muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya dalam mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana hadis Rasulullah: “Allah tidak melihat kepada tubuh kalian, Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian.” [ HR Muslim ].

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikan, tetapi dari keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari betapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering dibicarakan oleh mulutnya. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari keahlian bahasanya, tetapi dilihat dari bagaimana cara dia menggunakan bahasa dalam berhujah menegakkan kebenaran.

Firman Allah Subhanahu wa Taala: “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” [TMQ An-Nur (24): 31]

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).”[TMQ Al-Ahzab (33): 32]

Selain itu, Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya mengenakan busana hebat tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalanan, tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang lain tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dijalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya. Dia juga sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan. Selain itu, Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya” [HR at- Tabrani dan Baihaqi]

Antara contoh Muslimah sejati

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah subhanahu wa taala. Malah Rasulullah sallalahu alaihi wasallam memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: "Dunia ini penuh dengan perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." [Riwayat Muslim]

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan dengan itu, Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." [Riwayat Bukhari]

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Yang Esa. Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa.

Manakala Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya, serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan di atas bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita solehah: anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah tokoh seluruh wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, wajarnya dijadikan ikutan para Muslimah.
Selain dari yang tertera dalam hadis di atas, Asma binti Abu Bakar adalah sosok seorang Muslimah sejati. Dia adalah puteri dari seorang sahabat Rasulullah yang mulia iaitu Abu Bakar As-Siddiq. Dia menekuni ajaran suci Illahi yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tanpa keraguan sedikitpun di dalam hatinya. Nilai-nilai Islam yang begitu kuat dalam jiwanya mampu membentuk keperibadian yang teguh, pandangan hidup, sikap serta cita-cita yang lurus.

Kematangan peribadinya terserlah tatkala dia berusaha sedaya upaya dan sanggup bersusah payah membantu perjalanan besar Rasulullah yang disertai ayahnya dari Mekah menuju Madinah. Dalam peristiwa yang paling bersejarah itu, Asma telah memperlihatkan semangat pengorbanannya yang luar biasa. Dia turut memantau perkembangan keamanan di sekitar kota Mekah, jatuh dan bangun sewaktu melintasi padang pasir dan menaiki bukit sambil membawa bekal makanan dan maklumat berharga bagi Rasulullah dan ayahnya yang ketika itu sedang menyembunyikan diri dari dikejar kaum Quraisy di gua Tsur. Dengan cerdiknya dia berkemas dan mengikat segala persiapan hijrah di atas punggung unta. Untuk melakukan itu, dia telah mengoyak ikat pinggangnya. Sejak itulah dia terkenal dengan julukan Dzat-Nitaqaini – “Sipemilik Dua Tali Pinggang".

Dalam usia yang masih remaja, Asma binti Abu Bakar telah mampu untuk memahami betapa pentingnya erti hijrah Rasulullah tersebut. Beliau sanggup menutup mulutnya ketika Abu Jahal secara paksa mengancamnya agar dia memberitahu dimana persembunyian Rasulullah dan ayahnya. Ketika Abu Jahal bertanya “Dimana ayahmu ?" dia hanya menjawab dengan singkat, “Aku tidak tahu !". Berulang kali Abu Jahal menanyakan hal yang sama, bahkan dia mengancam akan menyiksa Asma. Namun dengan berani dan tabah Asma menjawab, “Tidak tahu!” Ketika ketidaksabaran Abu Jahal memuncak, dia menampar muka Asma dengan kuat hingga saudara perempuan Ummul Mukminin Saidatina Aisyah radiallahu anha itu merasakan pedih yang amat sangat di telinganya. Namun pukulan dan pelbagai ancaman itu bukanlah sesuatu yang membawa kesan kepada “Sipemilik dua tali pinggang” ini hingga mampu menggugat pendiriannya. Akhirnya Abu Jahal dan rakan-rakannya bosan dengan ketegasan ibunda Abdullah bin Zubair ini lalu pergi meninggalkannya.

Asma telah melalui masa remajanya dengan berusaha kuat untuk menjaga dirinya dari kotoran-kotoran tradisi jahiliyah. Sebagai isteri dari seorang mujahid agung iaitu Zubair bin Awwam, dia telah memperlihatkan kesetiaannya yang begitu mengagumkan. Dengan setia dia mengikuti suami, bersama-sama menyibukkan diri dengan perjuangan dan penyebaran Islam. Tetapi kesibukannya itu tidaklah membuat dirinya lupa terhadap puteranya yang merupakan amanah dari Allah. Dia begitu tekun memelihara dan mendidik puteranya, Abdullah bin Zubair, dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Dia melaksanakan tugas-tugas sepanjang hidupnya dengan penuh kebanggaan, cinta dan pengorbanan hingga akhir hayatnya. Ketika usianya menjangkau 100 tahun yang mana kedua matanya sudah tidak mampu lagi melihat, dia masih mampu memberikan pandangan dan dorongan kepada puteranya yang akan pergi berjuang.

”Kalau kau yakin, kau diatas kebenaran, kemudian kau saksikan penderitaan dan kesulitan orang-orang yang menempuh jalan itu, apakah engkau akan menjadi lemah? Demi Allah ini bukanlah sikap orang-orang yang merdeka, dan bukan sikap mukmin yang sejati. Berapa lama engkau akan tinggal di dunia ini ? Syahid adalah jauh lebih mulia ... !"

Abdullah bin Zubair yang ketika itu merasa bimbang tatkala pengikutnya satu-persatu mulai meninggalkannya, langsung bangkit menyahut panggilan mulia itu tanpa sedikit keraguan hingga menemui syahid di jalan-Nya. Itulah Asma, yang dalam usia yang sangat lanjut masih mampu memperlihatkan karismanya sebagai seorang Muslimah sejati. Kepada beliau yang wafat pada usia yang 100 tahun iaitu tahun 73 setelah hijrah, mudah-mudahan Allah selalu melapangkan tempatnya di akhirat kelak.

Demikianlah antara beberapa sosok Muslimah yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Adakah Gadis Melayu sejati jelmaan rancangan TV9 ini bertepatan dengan model wanita Muslimah ataupun Gadis Melayu sejati ini tak ubah seperti gadis-gadis lain yang hanya mempamerkan kecantikan untuk meraih keuntungan duniawi semata?

Khatimah

Serangan virus Sekuler-Kapitalis yang menjangkiti ramai umat Islam telah membawa mereka semakin hari semakin jauh dari Deen yang mulia ini sehingga menyebabkan ikon atau idola yang dicari bukanlah dipilih berdasarkan ciri-ciri sahabiyah yang mulia tetapi ikon atau idola Muslimah dilihat hasil acuan budaya hedonisme. Sesungguhnya hanya dengan kembali kepada ajaran Islam, Muslimah akan dapat membezakan kaca dan permata sehinggaa idola yang disanjung bukanlah kerana keterampilan fizikal sebaliknya berdasarkan ketaqwaan mereka semata-mata.

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[TMQ Al-Hujurat ( 49 ): 13].

Wallahu A’lam.

Menjadi Wanita Sholihah

Gerakan feminisme telah menimbulkan pembangkangan wanita bukan hanya kepada suaminya tapi kepada hukum-hukum Allah SWT. Atas nama kebebasan (liberal) para wanita didorong untuk membebaskan dirinya dari syariah Islam. Alih-alih gerakan jender membuat wanita lebih baik, yang terjadi malah ekploitasi wanita semakin menjadi-jadi. Dalam Islam wanita sholihah jelas yang tunduk kepada aturan Allah SWT. Wanita shalihah adalah sebaik-baik perhiasan dunia. ‘Abdullah ibn ‘Amr r.a. menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda :

«الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرً مَتَاعِهاَ اْلمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Dunia itu perhiasan; sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah. (HR Muslim).

Anas r.a. juga menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«مَنْ رَزَقَهُ اللهُ اِمْرَأَةً صَالِحَةً فَقَدْ أَعَانَهُ عَلَى شَطْرِ دِيْنِهِ فَلْيَتَقِ اللهَ فِيْ الشَّطِرِ الثَّانِي»

Siapa saja yang telah dikaruniai Allah wanita shalihah berarti Dia telah menolongnya dalam satu bagian agamanya. Oleh karena itu, hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam bagian yang kedua. (HR al-Hakim).

Karakter wanita shalihah kurang lebih sebagai berikut:

Pertama, menaati Allah dan suaminya. Allah Swt. berfirman:

]الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ
بِمَا حَفِظَ اللهُ
[

Laki-laki adalah pemimpin wanita karena Allah telah melebihkan sebagian mereka atas sebagian yang lain dan karena mereka telah menafkahkan sebagain harta mereka. Oleh karena itu, wanita yang shalihah adalah yang menaati Allah dan memelihara diri ketika suaminya tidak ada karena Allah telah memelihara mereka” (QS an-Nisa’ [4]: 3).

Sementara itu, istri Sa‘id bin al-Musayyab pernah berkata, “Tidaklah kami berbicara kepada suami kami kecuali seperti kalian berbicara kepada para pemimpin kalian, ‘Aemoga Allah memeliharamu (suamiku) dan semoga Allah memaafkahmu.” (HR Abu Nu‘aim).

Abu Hurairah juga menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«لَوْ كُنْتُ آمِرًا اَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ ِلأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْاَةَ اَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا»

Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, aku pasti akan memerintahkan kepada wanita untuk bersujud kepada suaminya. (HR at-Turmudzi).

Hadis ini disahihkan oleh al-Hakim dan

Ibn Hibban. Dalam riwayat Ibn Hibban ditambahkan kalimat:

«وَ الَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِي الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِي حَقَّ زّوْجِهَا»

Demi Zat Yang jiwaku ada di tangan-Nya, seorang wanita dipandang belum menunaikan hak Tuhannya sebelum ia menunaikan hak suaminya. (HR Ibn Hibban).

Abu Umamah juga menuturkan bahwa Nabi saw. pernah bersabda:

«مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ إِنْ أَمَرَهَا اَطَاعَتْهُ وَإِنْ نَظَرَ سَرَّتْهُ وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَتْهُ وَ إِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَ مَالِهِ»

Tidak ada sesuatu yang lebih memberikan manfaat kebaikan bagi seorang Mukmin setelah ketakwaannya kepada Allah daripada seorang istri shalihah; jika ia memerintahnya, ia menaatinya; jika ia memandangnya, ia menyenangkannya; jika ia menggilirnya, ia memuaskannya; dan jika ia meninggalkankannnya, ia akan memelihara dirinya dan harta suaminya. (HR Ibn Majah).

Sementara itu, Asma’ bin Kharijah al-Fazari pernah mengantarkan anak perempuannya kepada suaminya. Ia berkata:

Putriku, jadilah engkau di hadapan suamimu layaknya seorang budak sehingga ia menjadi ‘budak’-mu. Janganlah engkau terlalu merendahkan dirimu sehingga ia menguasaimu. Akan tetapi, jangan pula engkau terlalu menjauhinya sehingga engkau membebaninya. (HR al-Bayhaqi).

Ketika seorang Muslimah meninggal dunia, sementara suaminya meridhainya, ia pasti akan dimasukkan ke dalam surga. Dalam hal ini, Ummu Salamah menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«أَيُّمَا إِمْرَأَةٍ مَاتَتْ وَ زَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتْ الْجَنَّةَ»

Wanita mana saja yang meninggal, sementara suaminya meridhainya, ia pasti masuk surga. (HR at-Tirmidzi).

Kedua, berhias untuk suaminya. Sebab, Rasulullah saw. telah bersabda (yang artinya), “Jika suaminya memandangnya, ia menyenangkannya.” (HR Ibn Majah).

Rasulullah saw. juga pernah bersabda, sebagaimana dituturkan Sa‘ad, demikian:

«فَمِنَ السَّعَادَةِ الْمَرْأَةُ تَرَاهَا تُعْجِبُكَ وَتُغِيْبُهَا فَتَأْمَنُهَا عَلَى نَفْسِهَا وَ مَالِكَ»

Di antara kehagiaan itu ialah istri yang jika engkau pandang, ia membuatmu takjub, dan jika engkau meninggalkannya, ia akan memelihara dirinya dan hartamu. (HR al-Hakim).

Abu Hurairah r.a. juga pernah menuturkan bahwa Nabi saw. pernah ditanya, “Wanita manakah yang paling baik?” Beliau menjawab:

«الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلاَ تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ»

Yaitu wanita yang menyenangkan suaminya jika suaminya memandangnya, yang menaati suaminya memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat kepada suaminya menyangkut dirinya dan harta suaminya. (HR al-Hakim).

Ketiga, memelihara rumah, diri, dan harta suaminya. Hukum asal seorang wanita adalah sebagai umm[un] wa rabbah al-bayt (sebagai ibu dan pengatur rumah tangga). Hal ini didasarkan pada hadis dari Ibn ‘Umar. Disebutkan bahwa Nabi saw. pernah bersabda:

«كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا»

Setiap diri kalian adalah pemimpin; masing-masing kalian akan dimintai bertanggung jawab atas yang diimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin; ia bertanggung jawab atas yang dipimpinnya. Seorang laki-laki (suami) adalah pemimpin keluarganya; ia bertanggung jawab atas yang dipimpinnya. Seorang wanita (istri) adalah pemimpin (pengurus) rumah suaminya dan anak-anaknya; ia bertanggung jawab atas yang dipimpinnya. (HR al-Bukhari dan Muslim).

Abu Hurairah r.a. juga menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ الإِْبِلَ نِسَاءِ قُرَيْشٍ أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ»

Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita Quraisy; ia sangat menyayangi anaknya ketika kecil dan sangat memperhatikan suaminya ketika ada di sisinya. (HR Muslim).

Keempat, membantu suaminya dalam urusan akhirat. Rasulullah saw. bersabda:

«لِيَتَّخِذْ أَحَدُكُمْ قَلْبًا شَاكِرًا وَلِسَانًا ذَاكِرًا وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِينُ أَحَدَكُمْ عَلَى أَمْرِ الْآخِرَةِ»

Hendaknya salah seorang di antara kalian mempunyai kalbu yang bersyukur, lisan yang senantiasa berzikir, dan istri yang beriman yang dapat membantumu dalam urusan akhirat. (HR Ibn Majah).

‘Abdurrahman ibn Abza juga menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah berkata (yang artinya, “Seorang wanita shalihah bagi seorang laki-laki adalah seperti mahkota yang bertahtakan emas di atas kepala seorang raja. Sebaliknya, seorang wanita yang buruk bagi seorang laki-laki adalah seperti beban yang berat di pundak seorang laki-laki tua.” (HR Ibn Abu Syaibah).

Kelima, memiliki bekal agama yang baik. Ibn Majah meriwayatkan dari ‘Abdullah ibn ‘Amr ia berkata : Rasulullah saw. bersabda :

«لاَ تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيَهُنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوهُنَّ لأَِمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيَهُنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوهُنَّ عَلَى الدِّينِ وَلأَمَةٌ خَرْمَاءُ سَوْدَاءُ ذَاتُ دِينٍ أَفْضَلُ»

Janganlah kalian menikahi wanita karena kecantikannya karena kecantikannya itu akan menjadikannya berlebihan; jangan pula kalian menikahi wanita karena hartanya karena hartanya itu akan membuatnya membangkang. Nikahilah wanita atas dasar agamanya. Sesungguhnya seorang hamba sahaya perempuan yang hitam legam yang memiliki kebaikan agama adalah lebih utama. (HR Ibn Majah).

Abu Adzinah ash-Shudfi menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«خَيْرُ نِسَائِكُمْ اْلوَدُوْدُ اْلوَلُوْدُ اْلمُوَاتِيَةُ اْلمُوَاسِيَةُ إِذَا اتَّقَيَنَّ اللهَ»

Sebaik-baik istri kalian adalah yang penyayang, banyak anak (subur), suka menghibur, dan membantu jika ia bertakwa kepada Allah. (HR al-Baihaqi).

Keenam, mempergauli suaminya dengan baik untuk memelihara keridhaannya. Dalam hal ini, Asma’ binti Yazid al-Asyhaliyah menuturkan bahwa ia pernah datang kepada Nabi saw. yang sedang berkumpul bersama para sahabat. Ia kemudian berkata kepada beliau:

“Demi bapakku, Engkau, dan ibuku; wahai Rasulullah, aku adalah utusan para wanita kepadamu. Sesungguhnya belum ada seorang wanita pun, baik di timur maupun di barat, yang terdengar darinya ungkapan seperti yang akan aku ungkapkan atau belum terdengar seorang pun yang mengemukakan seperti pendapatku. Sesungguhnya Allah Swt. mengutusmu kepada laki-laki dan wanita seluruhnya hingga kami beriman kepadamu dan Tuhanmu. Akan tetapi, sesungguhnya kami, para wanita, terbatasi dan terkurung oleh dinding-dinding rumah kalian (para lelaki), memenuhi syahwat kalian, dan mengandung anak-anak kalian. Sesungguhnya kalian, wahai para lelaki, mempunyai kelebihan daripada kami dengan berkumpul dan berjamaah, melakukan kunjungan kepada orang sakit, menyaksikan jenazah, menunaikan ibadah haji demi ibadah haji, dan—yang lebih mulia lagi dibandingkan dengan semua itu—jihad di jalan Allah. Sesunguhnya jika salah seorang dari kalian keluar untuk menunaikan ibadah haji, menghadiri pertemuan, atau berjaga di perbatasan, kamilah yang menjaga harta kalian; yang mencucikan pakaian kalian; dan yang mengasuh anak-anak kalian. Lalu apakah adakah kemungkinan bagi kami untuk bisa menyamai kalian dalam kebaikan, wahai Rasulullah?”

Rasulullah saw. menoleh kepada para sahabat seraya berkata, “Apakah kalian mendengar perkataan wanita ini. Sungguh, adakah yang lebih baik dari apa yang diungkapkannya berkaitan dengan urusan agamanya ini?”

Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, kami tidak menyangka bahwa wanita ini tertunjuki kepada perkataan tersebut.”

Rasulullah saw. lalu menoleh kepada wanita tersebut seraya bersabda, “Pergilah kepada wanita mana saja dan beritahulah mereka yang ada di belakangmu, bahwa kebaikan salah seorang di antara kalian (para wanita) dalam memperlakukan suaminya, mencari keridhaan suaminya, dan mengikuti keinginannya adalah mengalahkan semua itu.” (HR al-Baihaqi).

Mendengar sabda rasul itu, wanita itu pun pergi seraya bersuka cita. Ia kemudian menyampaikan kabar gembira itu kepada kaumnya.

Di antara kebaikan pergaulan wanita terhadap suaminya adalah ia tidak berpuasa sunnah jika suaminya berada di rumah, kecuali seizin suaminya; juga tidak mengizinkan mahram-nya berada di rumah suaminya, kecuali seizin suaminya. Abu Hurairah r.a. menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ وَلاَ تَأْذَنَ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ»

Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa (sunah), sedangkan suaminya berada di rumahnya, kesuali seizin suaminya; jangan pula ia mengundang seseorang ke rumah suaminya, kecuali seizin suaminya. (HR al-Bukhari dan Muslim).

Termasuk kebaikan pergaulan istri kepada suaminya adalah bahwa ia tidak mendirikan shalat sunnah pada malam hari, kecuali seizin suaminya. Ibn ‘Abbas menuturkan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

«لاَ تُؤْذِي امْرَأَةٌ زَوْجَهَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ لاَ تُؤْذِيهِ قَاتَلَكِ اللهُ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيلٌ أَوْشَكَ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا»

Janganlah seorang wanita mengizinkan seseorang berada di rumah suaminya kecuali dengan izin suaminya dan janganlah ia bangkit dari tempat tidurnya lalu mendirikan shalat sunnah kecuali dengan izin suaminya. (HR ath-Thabrani).

Di antara kebaikan pergaulan istri terhadap suaminya adalah keridhaannya jika suaminya memarahinya. ‘Abdullah bin ‘Abbas menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«أَلاَّ أُخْبِرُكُمْ بِِِِنِسِائِكُمْ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ اْلوَدُوْدُ اْلوَلُوْدُ اْلعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا الَّتِيْ إِذَا آذَت أَوِ أُوْذِيَتْ جَاءَتْ حَتَّى تَأْخُذَ بِيَدِ زَوْجِهَا ثُمَّ تَقُوْلُ وَاللهِ لاَ أَذُوْقُ غَمِضاً حَتَّى تَرْضَى»

Ingatlah, aku telah memberitahu kalian tentang istri-istri kalian yang akan menjadi penduduk surga, yaitu yang penyayang, banyak anak (subur), dan banyak memberikan manfaat kepada suaminya; yang jika ia menyakiti suaminya atau disakiti, ia segera datang hingga berada di pelukan suaminya, kemudian berkata, “Demi Allah, aku tidak bisa memejamkan mata hingga engkau meridhaikuku). (HR al-Baihqai).

Semua sifat di atas adalah sifat-sifat yang seharusnya menjadi sifat para wanita.

Sebaliknya, ada sifat-sifat yang justru harus dijauhi oleh para wanita, di antaranya:

Pertama, jangan menyusahkan atau menyakiti suaminya. Mu‘adz bin Jabal menuturkan bahwa Nabi saw. pernah bersabda:

«لاَ تُؤَذِّي اِمْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِيْ الدُّنْيَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ اْلحُوْرِ اْلعِيْنِ لاَ تُؤَذِّيْهِ قاَتَلَكِ اللهُ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيْلٌ يُوْشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا»

Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia kecuali istri-istri suaminya dari para bidadari surga berkata, “Janganlah engkau menyakitinya. Semoga Allah mencelakakanmu. Sesungguhnya bagimu akan segera datang tamu kematian yang akan memisahkanmu dengan suamimu dan mengembalikannya kepada kami.” (HR at-Tirmidzi).

Kedua, hendaknya tidak mengadukan suaminya atau tidak banyak menuntut suaminya. Sa‘id ibn al-Musayab menuturkan bahwa seorang anak perempuan pernah datang kepada Nabi saw. dan mengadukan suaminya. Nabi saw. kemudian bersabda (yang artinya), “Kembalilah engkau. Sungguh, aku tidak menyukai wanita menyeret ekornya mengadukan suaminya.” (HR Sa‘id bin al-Musayyab).

Ketiga, hendaknya tidak banyak keluar rumah. Berdiam di rumah bagi seorang wanita lebih baik daripada ia keluar dari rumah. Kesibukannya di dapur (menyiapkan makanan untuk suami keluarganya), aktivitasnya mengasuh anak, atau kegiatannya mencuci adalah lebih mulia daripada kepergiannya ke luar rumah dan berada di jalan-jalan, di kendaraan umum, atau di tempat-tempat umum yang berdesak-desakan dan bercampur dengan para lelaki.

Sifat-sifat itulah sifat yang harus dijauhi oleh para wanita. Sementara itu, sifat-sifat yang dikemukan sebelumnya adalah perhiasan bagi mereka. Oleh karena itu, hendaklah para wanita menghiasi diri mereka dengan sifat-sifat tersebut. Dengan begitu, para wanita akan kembali ke jalan wanita-wanita Mukmin terdahulu; yakni para wanita yang benar, yang menjadi para shahabiyah Rasululah saw. Mereka akan berada di sisi kaum Mukmin yang benar yang semuanya dikomentari oleh Allah dalam firman-Nya:

]لِيُدْخِلَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَيُكَفِّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَكَانَ ذَلِكَ عِنْدَ اللَّهِ فَوْزًا عَظِيمًا[

Allah pasti akan memasukkan Mukmin laki dan perempuan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Allah pun menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Yang demikian itu sesunguhnya di sisi Allah merupakan keberuntungaan yang besar. (QS al-Fath [48]: 5).